Saturday, February 8, 2014

TERESA KOK "PHOBIA" NAK SATIRA LAGI LEPAS NI..???!!

Lawak jugak la tengok komen orang ramai pasai isu tawaran RM1,200 untuk tampar Teresa Kok. Sampai kena report polis nyonya tu dibuatnya.. siap bawak Fuziah Salleh lagi teman dia buat report...Takut kena lempang la tuuu...

Ada yang tak setuju dengan tawaran tu. Tak wajar kata depa. Ada yang kata tak payah tawaran, lempang saja terus macam kes Karpal kena tampar dengan arwah Kiai Arshad dulu. Ada pulak yang setuju dan suruh tampar ramai-ramai...

Ada yang suruh sumbat cili api kat mulut Teresa Kok, termasuk "mulut kat bawah"nya. Tu cadangan merapu pada saya... dan ada banyak lagi la yang merapu-rapu sampai saya tersengih-sengih membaca... tapi saya simpulkan semua reaksi tu melambangkan kemarahan terhadap Teresa Kok...


Pada saya, tawaran RM1,200 tu hanyalah sekadar "SATIRA". Nothing serius about that and it's just another "satire" in the another chapter... kan?

Tapi awat yang Teresa Kok kalut sangat sampai buat report polis? Heh! Tau takuuuuttt..??? Ooooo.. masa buat video bodoh yang kononnya "satira" tu tak tau takut pulak yer? Sekarang orang buat "satira" tepi jalan pun dah takut sampai suruh orang Kuantan teman? Heh!

2 ekor ayam kena sembelih dan dilumurkan pada banner yang ada gambar Teresa Kok? Yup! Itu pun boleh dikategorikan sebagai "satira" jugak. Cuba cari apa makna dan takrifan "satira". Dah tentu anda setuju dengan pandangan saya...! Heh! - dukeofumno


NASHARUDDIN MAT ISA BIKIN PANAS PKR DAN ANWAR IBRAHIM!!!

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa sekali lagi menggesa agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat memandangkan PAS tidak mendapat sebarang manfaat daripada Tahaluf Siyasi bersama-sama dengan PKR dan DAP.

Menurutnya, 
PAS mesti keluar pakatan
PAS perlu keluar daripada pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam. 
Ketika membuat desakan itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berkata walaupun PAS menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam. 
Malah, katanya, kerjasama dengan PKR yang membabitkan pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam hal ehwal dalaman dilihat mula melunturkan kekuatan PAS. 
Berikutan itu, katanya, PAS perlu menjarakkan diri daripada anasir luar berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya. 
PAS itu hebat bersendiri, PAS pernah bersendiri, saya rasa ramai juga orang menyokong PAS jika bersendiri, katanya ketika ditemui selepas sesi temu bual eksklusif bersama BHOnline
Nasharuddin Mat Isa bagaikan mencurahkan garam ke luka. Kenyataan terbarunya itu pasti akan mengundang kemarahan luar biasa daripada para penyokong Anwar Ibrahim yang berada di dalam PAS. Walaupun Nasharuddin Mat Isa telah kehilangan semua jawatannya di dalam PAS, namun pengaruh anak didik Allahyarham Fadhil Nor itu cukup kuat dalam PAS. 

Dengan keadaan semasa yang menunjukkan sebahagian besar daripada kebimbangan kumpulan UG tentang keserakahan Anwar Ibrahim dan kebiadapan DAP menjadi nyata, kenyataan terbaru Nasharuddin Mat Isa itu jelas menunjukkan bahawa PAS sebenarnya berada di ambang bahaya sekiranya terus mengikut kehendak pemimpin-pemimpin dalam PAS yang berkepentingan terhadap PKR dan DAP!- theflyingkick

Ustaz Azhar Idrus Kata Jika Orang Kafir Guna Kalimah ALLAH Mereka Boleh Diperangi?


Friday, February 7, 2014

Surah Al- Baqarah Telah Menghina DAP dan PKR.. Demi Menghormati Kit Siang & DAP ,Perlukah Ia Di Ubah?

Sekarang ini apabila umat Islam pertahankan maruah sendiri akan dituduh sebagai rasis. Menghina,momokkan dan juga memperlekehkan bangsa melayu dan Islam kesemua ini adalah hak eksklusif pakatan haprak . Telah Pisau katakan sebelum ini,pelawaan haprak pakatan kononnya mahu berdamai kepada BN hanyalah taktik penipuan setelah mereka sendiri membuat provokasi membangkitkan kemarahan rakyat.
Dalam kehangatan isu video Teresa Kok menghina bangsa melayu dan mangsa tragedi Lahad Datu, semua orang terlupa serangan DAP terhadap agama Islam tidak pernah padam.
Baru baru ini Lim Kit Siang sebagai mursidul am pakatan telah mengkritik khutbah Jumaat. Seperti biasa para melayu kaldai dan anjing haprak pakatan tidak berani angkat muka. Semua ini dihalalkan..
azan1Kemudian dari PKR juga pertikaikan ayat quran..mana perginya haprak pakatan yang kononnya pejuang agama?
azan2
Paderi kristian pro pakatan pun berani persoalkan khutbah dan ayat quran.. Demi rakyat dan memenuhi kehendak DAP dan PKR..perlukan kita ubah ayat quran ?
azan3
Kita takkan terkejut satu hari nanti jika haprak pakatan memerintah negara, Jakim akan dipantau sepenuhnya oleh DAP dan majlis agama Islam setiap negeri pasti akan dilarang menggunakan ayat quran sebelum mendapat kebenaran DAP dan PKR… - pisau

BILA KIT SIANG PERTIKAIKAN AYAT QURAN DALAM KHUTBAH JUMAAT, PAS DIAM... TAPI BILA TERESA KOK NAK DITAMPAR, MEREKA PALING KE DEPAN!!!

Ini ada satu kemusykilan yang sangat besar!

Adakah alasan, "Mereka adalah kafir, jadi mereka tidak boleh dipersalahkan', telah menjadi satu akidah yang dipegang kukuh sehinggakan apa-apa sahaja penghinaan yang dilakukan oleh DAP ke atas umat Islam, agama Islam dan orang Melayu, akan mendapat pembelaan yang sangat luar biasa. Dan sekiranya golongan tersebut diancam pula oleh umat Islam dan orang Melayu, mereka akan tampil menjadi benteng.

Mereka yang dimaksudkan adalah PAS!

Isu Teresa Kok dan klip video sempena sambutan Tahun Baru Cina muncul bersama-sama satu lagi isu yang jauh lebih penting. Darrel Leiking yang merupakan Ahli Parlimen Penampang telah mencemuh ayat al Quran yang digunakan dalam Khutbah Jumaat. Lim Kit Siang kemudiannya menyambut cemuhan Darrel Leiking dan memberitahu umat Islam bahawa ayat 120 Surah Al-Baqarah yang digunakan dalam khutbah Jumaat pada minggu itu, merupakan ancaman kepada keharmonian di negara ini.

Ayat 120 Surah Al Baqarah bermaksud:

'Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenar." Dan sesungguhnya jikalau kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak akan lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.'

Ayat tersebut merupakan cop mohor Allah Taala kepada umat Islam tentang permusuhan yang diberikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka untuk memesongkan akidah umat Islam dan mengikuti mereka.

Walaupun sudah terlalu banyak teladan yang ditunjukkan, walaupun sudah terlalu banyak petunjuk yang diberikan oleh Allah Taala, nampaknya masih ada orang yang tidak terbuka hati dan hijab kalbunya.

Pada ketika pertikaian tersebut dibuat, yang kedengaran bising hanyalah dari kelompok pro-UMNO sedangkan PAS sendiri, tidak ada seorang pun yang berani bersuara. Sama ada mereka buat-buat pekak atau berpura-pura tidak tahu tentang penghinaan yang dibuat oleh kaum Katholik yang diketuai oleh Lim Kit Siang terhadap ayat-ayat al Quran, namun keadaannya amat berbeza apabila Teresa Kok, seorang lagi pemimpin DAP yang sangat memusuhi agama Islam, dikecam oleh NGO Melayu-Islam kerana keangkuhannya, beberapa orang pemimpin PAS tampil bersama-sama Teresa Kok membuat laporan polis.

Apakah ini sebenarnya bukan satu petunjuk daripada Allah Taala tentang pemimpin-pemimpin PAS yang pandai bercakap tentang Islam tetapi apabila datang pilihan, mereka lebih memilih kaum kafir kerana memikirkan keuntungan politik?

Mana suara mereka pada ketika ayat-ayat al Quran dicemuh dan Allah Taala disindir kononnya tidak faham situasi manusia yang mahu hidup harmoni dengan mengajar penganut-penganut agama Islam agar memusuhi kaum Yahudi dan Nasrani? Kenapa mereka diam dan langsung tidak bertindak tetapi lebih pantas untuk bersama-sama Teresa Kok kerana wanita tidak berkahwin itu diancam penampar dan pelempang berharga RM1200?

Dan yang lebih malang ialah apabila ada pecacai berbangsa Melayu dan beragama Islam dengan bangganya menyatakan, UMNO berjuang secara bersendirian sedangkan Pakatan pula, rakyat berbilang kaum dan agama bersama-sama mereka sepertimana yang terbukti dalam kes Teresa Kok!

Alangkah malangnya akidah mereka ini! -theflyingkick

MELAMPAU ! UMNO DIHINA, DIKECAM & TERUS DIKECAM!

Lim Guan Eng DAP (atau macai penulis berbayar beliau) sekali lagi bersikap melampau dan meluahkan kebencian yang amat sangat terhadap parti UMNO.



Malah tindakan Lim Guan Eng DAP yang masih berpolitik kebencian di dalam perutusan hari perayaan telah disindir di dalam Facebook beliau.

Di antaranya :
1. it is time to change your speech writer, CM. You can't seem to differentiate between Jade Emperor festival, Chinese New Year and Christmas with your Party's dinner. Need to separate politics from festivities.
2. congrulation CM! How much heatred u create! nw i wonder is this of kind festival speech came out of CM.

3. Funny... there r still people who believe this guy. He got lower popular votes & was kicked from 2nd to 5th spot by his own members in 2nd CEC DAP but yet, still holding Sec-Gen DAP ! Shame !

4. Ini ucapan perayaan atau ucapan politik??
Hampir kesemua perutusan hari perayaan dan juga kenyataan akhbar anak Lim Kit Siang DAP ini seperti berbau kebencian yang amat sangat terhadap parti UMNO. Beliau juga selektif dengan hanya menghentam parti UMNO terhadap apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan parti itu.

Yang terbaru ialah perutusan sempena Perayaan Jade Emperor atau Hari ke-8 Tahun Baru Cina:  
Pulau Pinang akan membalas permainan berbahaya UMNO yang menggunakan api perkauman dan kebencian agama dengan senjata keadilan sosial, kemakmuran ekonomi, tadbir urus baik dan kepimpinan yang bersih.
Semasa perayaan Tahun Baru Cina tahun ini, topik yang biasa menjadi perbincangan dalam kalangan keluarga sewaktu berhimpun adalah bagaimana api perkauman dan kebencian agama yang melumpuhkan usaha mencapai kemakmuran dan mempercepatkan lagi penghijrahan keluar modal insan. Pulau Pinang akan membalas permainan berbahaya UMNO yang menggunakan api perkauman dan kebencian agama dengan senjata keadilan sosial, kemakmuran ekonomi, tadbir urus baik dan kepimpinan yang bersih. seterusnya
Tindakan Lim Guan Eng yang berpolitiking dalam apa sahaja ketika termasuk hari perayaan turut dikecam oleh Datuk Zainal Abidin, Pengerusi UMNO Pulau Pinang.

Twitter Datuk Zainal :
LGE ignites the fire daily since 2008 n blame it on UMNO
sumber : KLIK

Sikap  seperti obsesif (obsessive) Lim Guan Eng mengutuk parti UMNO secara berterusan termasuk di hari perayaan adalah satu sikap kompulsif (compulsive) yang melampau membakar kebencian yang amat sangat ditunjukkan oleh seorang ahli politik dan berjawatan tinggi di dalam parti DAP.

Kenapa begitu obsesif sehinggakan ada yang mengingatkan anak Lim Kit Siang DAP untuk membezakan di antara politik dengan perkara-perkara lain seperti hari perayaan? 

Satu sahaja sebab yang rasional dan mungkin dapat menjawab keobsesifan tersebut. Anak Kit Siang DAP ini terpaksa beria-ia menghentam parti lawan untuk menutup malu sendiri dan parti DAP?

Imej Lim Guan Eng sudah teruk tercemar kerana beliau telah jatuh tergolek ke tangga-5 semasa pemilihan semula CEC DAP yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah parti itu.

Beliau juga mendapat undi popular yang merosot tetapi beliau masih tidak malu untuk menjawat 'Setiausaha Agung DAP'. Malah, beberapa DAP negeri juga teruk bercelaru dan sungguh memalukan sekali.

Masaalah DAP dengan Registra of Society masih belum selesai lagi.

Kata mudah, busuk nanah dalam DAP bukan satira politik tetapi satu kenyataan!

Apakah kerana itu Guan Eng DAP bersikap obsesif ?- novandri

pendekar melayu menawan bandar batu pahat pada era kekejaman komunis!!

artikel ini bukan untuk menanam kebencian, tetapi mengingatkan, kita di malaysia ini dah hidup aman damai dengan pelbagai bangsa dah lama.. peringatan buat rasis kiasu komunis..

pada pemerintahan komunis selama 2 minggu, mereka membuli orang melayu sehina yang boleh, banyak jadi mangsa, di aniaya, malah ketua kampung serta ustaz-ustaz di bunuh, wanita dirogol, ramai orang melayu dah tak boleh tahan dengan kekejaman mereka.

jadi orang batu pahat dan muar tahu sejarah itu, itulah permulaan kebangkitan orang biasa dan pendekar melayu melanyak komunis, sampai komunis minta nyawa kerana amukan orang melayu, mereka ingat orang melayu ni sampah... mereka lupa, keturunan kita adalah bangsawan dan pahlawan serta hulubalang yang simpan amarahnya...

gambar di atas adalah pendekar dan pejuang melayu yang menawan bandar batu pahat dari kekejaman komunis selama 14 hari bermaharajalela, mereka di gelar selimpang merah!! komunis takut dengan mereka..

tercetusnya tragedi 13 mei 1969 dulu pun adalah kerana kiasu komunis juga.. mereka dalang disegenap sudut dalam rusuhan itu di kuala lumpur, mereka lupa, mereka angkuh..

sekarang baka-baka mereka dah ada kuasa, dengan ada kuasa, dapat mengawal melayu 20% dalam pakatan mereka buat hal lagi, mereka menghina lagi, malah mereka mencaci lagi orang melayu... tetapi golongan melayu 20% lah yang puncanya sampai mereka naik kepala.. jadi buat dap.. jangan lah terlalu angkuh kerana anggap semua orang cina menyokong kamu, kamu kena ingat, semua rakyat malaysia ini cintakan keamanan dan perpaduan,  apa kamu buat ini semua untuk puaskan cara politik rasis dan chuvenis kamu....

ps: buat melayu-melayu 20% dalam pakatan, sampai satu masa nanti tak reti nak sedar, biarkan cucu dan cicit kamu kencing ke atas pusara kamu.. kerana kebodohan kamu menjadi pertualang bangsa dan agama.. memalukan.. - 
headbomb

DAP bertanggungjawab nyalakan sentimen perkauman dan agama – Syed Ali

DAP dinasihatkan supaya menghentikan provokasi perkauman bagi mengelak ketegangan antara kaum  terus berpanjangan, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Menurut beliau, akibat provokasi berbau perkauman yang dinyalakan oleh pembangkang telah mencetuskan keresahan di kalangan rakyat di negara ini.

“Hari ini sudah wujud rasa curiga - mencurigai antara satu sama lain akibat sentimen perkauman yang dmainkan oleh DAP,” tegasnya.

Katanya, DAP menggunakan perpecahan kaum dalam masyarakat bagi mencapai agenda politik mereka.

Beliau juga kesal perbuatan tidak bertanggungjawab DAP turut mendapat sokongan daripada PAS dan PKR, parti yang mendakwa turut mewakili kumpulan minoriti orang Melayu.

“Mereka (pembangkang) mahukan supaya berlaku ketegangan antara kaum bagi memudahkan mereka memainkan jarum untuk berkuasa.

Beliau berkata, DAP sengaja mencetuskan provokasi yang turut berbau hasutan bagi membangkitkan kemarahan orang Melayu.

Parti itu katanya, terus menyemarakkan politik rasis dengan mendorong orang China menolak kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, DAP menyebarkan slogan bahawa menolak BN bermakna melenyapkan penguasaan orang Melayu dalam politik.

Malah tegas beliau, DAP turut mendakwa orang Cina di negara ini terus tertekan dan dinafikan hak mereka oleh BN berbanding orang Melayu.

“Jika agenda jahat DAP untuk menguasai negara ini berjaya, akhirnya orang Melayu akan menangis di tanahairnya sendiri,” tegas beliau.

“Itulah agenda sebenar DAP, berazam lenyapkan penguasaan politik orang Melayu bagi memudahkan mereka mengubah beberapa perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan.

“Ini terbukti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di mana majoriti pengundi Cina memberikan undi kepada parti pembangkang,” ujarnya.

Syed Ali kesal kerana DAP terus mempertikaikan kedudukan orang Melayu, hak-hak bumiputera serta institusi raja-raja Melayu serta Islam agama rasmi negara.

Beliau seterusnya mendakwa pemimpin DAP bertanggungjawab memulakan politik perkauman dengan memainkan sentimen agama.

“DAP, parti rasis yang memulakan api perkauman, mereka pernah mempertikaikan azan, mempersoalkan perarakan Maulidul Rasul dan menghina syariat Islam dengan pelbagai cara,” katanya.

Terbaru kata beliau, pemimpin DAP menghina orang Melayu menerusi video klip Tahun Baharu Cina menerusi Youtube disamping mengkritik kandungan khutbah Jumaat,” katanya.

Beliau menegaskan, parti yang tebal dengan sikap perkauman itu tidak sewajarnya mempolitikkan hak-hak berikut kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Sedangkan orang Melayu kata Syed Ali, tidak pernah mempersoalkan agama dan  budaya mereka kerana menghormati semangat toleransi antara kaum yang sudah terjalin selama ini.

"Orang Melayu khususnya umat Islam tidak pernah ganggu urusan ibadat dan budaya mereka," ujarnya.

Malah kata Syed Ali, DAP juga turut menyuburkan budaya bencikan pemimpin di kalangan generasi muda bukan Melayu.

Beliau menyebut contoh bagaimana gambar pemimpin BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dibaling objek dan dipijak-pijak di khalayak umum.

Malah baru-baru ini katanya, pemimpin DAP sengaja memulakan provokasi dengan menyuapkan kangkung ke dalam mulut replika menyerupai wajah Perdana Menteri.

“Gerakan ini amat berbahaya kapada masa depan orang Melayu,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin DAP yang bertanggungjawab menyalakan provokasi dan sentimen agama berbau hasutan.

“Ini satu aliran budaya kurang sihat yang dipelopori oleh DAP, kerajaan harus bertegas dan tidak berkompromi,” ujarnya.

Beliau bimbang kegagalan pihak berkuasa menangani isu-isu perkauman yang disemarakkan oleh DAP akan menghancurkan perpaduan rakyat-umnobahagiancheras

Thursday, February 6, 2014

Kali ini darah menjadi mesej kepada Cina Chauvanist

Lokasi : Bulatan Maybank, Pudu, Kuala Lumpur

Acara :  Demonstrasi anjuran NGO Perwaris membantah kebiadapan puan Cina Chauvanist

Tarikh : 6/2/2014



Apabila ada puak Cina chauvanist yang bertindak kurang ajar terhadap orang Melayu dan kepimpinan mereka, jangan lah pulak disalahkan NGO Melayu yang mula bangkit menyatakan kejengkelan mereka terhadap tindak tanduk kurang ajar tersebut. Alhamdulillah setakat ini tindak tanduk NGO Melayu hanya bersifat retorik untuk menyampaikan mesej sahaja. Jangan lah ada puak Cina chauvanist yang sengaja terus mencari pasal untuk menguji kesabaran orang Melayu..


Kenyataan media PEWARIS.. penganjur perhimpunan


4 individu utama Cina chauvanist dilumur darah ayam - simbolik amaran dari NGO Melayu


1
 2
 3
 4
 5
 6  Sunny Goh, Pengerusi Perhubungan Hal Ehwal Masyarakat Cina, Pertubuhan Kebajikan Bakti Insan Malaysia
 7
 8  Ayahanda Aziz bin Nani (Aziz Ah Fat), Pengerusi Angkatan Perpaduan Islam Sejagat Malaysia (API)
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21

Ambil iktibar krisis politik Thailand

SHAH ALAM - "Ambillah iktibar daripada apa yang berlaku di Thailand," demikian menurut penganalisis politik Profesor Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Agus yang juga merupakan Pensyarah Sains Politik  daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, pergolakan politik di Thailand telah mengakibatkan beberapa rentetan permasalahan berlanjutan dan akhirnya telah menjerat rakyat serta negara itu sendiri.

"Bagi saya krisis ini telah memberi kesan besar kepada Thailand. Pertama, krisis ini telah menyebabkan ekonomi Thailand merosot. Pelabur tidak datang lagi kerana bimbang berlakunya rampasan kuasa tentera. Akibatnya, pertumbuhan ekonomi Thailand menjunam dari 6.5 peratus pada tahun 2012 menjadi hanya 2.7 peratus pada suku ketiga 2013.

"...kedua, sektor pelancongan yang menyumbang 7 peratus kepada pendapatan negara telah merosot kerana pelancong asing tidak lagi datang ke Thailand kerana bimbang ancaman terhadap keselamatan mereka, apatah lagi peringatan telah diberikan oleh kedutaan mereka supaya menangguhkan dahulu perjalanan ke Thailand.

"...ketiga, ketidakstabilan politik ini meredam belanja pengguna domestik serta rancangan pelaburan oleh syarikat-syarikat asing.

Banyak syarikat multinasional yang menangguhkan pelaburan mereka di Thailand. Akibatnya ramai rakyat Thailand kehilangan peluang pekerjaan.

"...keempat, krisis ini memberi kesan kepada kestabilan politik Thailand. Kerajaan gagal berfungsi dengan baik dan jika hal ini berterusan, maka Thailand sekali lagi terdedah kepada rampasan kuasa tentera.

"...oleh itu dari kisah di atas, apakah pengajaran untuk kita? Tafsirlah," katanya menerusi laman Facebooknya.

Thailand adalah sebuah negara yang paling kerap bertukar kuasa antara orang awam dan tentera. Dari 1932 hingga 2006, berlaku sebanyak 17 kali rampasan kuasa,10 kali berjaya dan 7 kali gagal.

Rampasan kuasa pertama dilakukan pada tahun 1932 oleh sekumpulan anak muda lulusan luar negara sehingga memaksakan Raja Prajadhipok ketika itu mengubah Thailand daripada sebuah negara monarki mutlak kepada negara raja berperlembagaan.

Rampasan kuasa terakhir pula adalah pada 19 September 2006 apabila pihak tentera yang diketuai Jeneral Sonthi Boonyaratglin mengambil alih kuasa dan menyingkirkan PM Thaksin Shinawatra yang ketika itu berada di New York menghadiri persidangan PBB.

Sejak rampasan kuasa terakhir tersebut, Thailand tidak pernah aman. PM bertukar tangan, tetapi keamanan tidak juga tercapai - sinarharian