Tuesday, February 4, 2014

Singapura Negara Cina Kuku Besi Sabotaj Kempen Berhijab Sedunia


Sebastian Phiu: Ini negara Singapura sudah sekat human right ma.. Mali lamai-lamai kita kasi leport..

SHAH ALAM: Kempen Hari Hijab Sedunia di Singapura terpaksa dibatalkan di negara itu kerana pelbagai tekanan pemerintah.

Penganjur kempen, Seri Fatmawati Hambali berkata akaun Facebook untuk kempen itu terpaksa ditutup susulan tekanan dan ugutan itu yang bermula Disember itu. 

"Kami ditekan oleh pihak berkuasa Singapura apabila berusaha untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai mengenai acara itu," kata Fatmawati.
Beliau berkata pergerakan ahli jawatankuasa penganjur termasuk dirinya juga dipantau manakala ada yang diugut bahawa pembabitan berterusan dalam majlis hari Hijab Sedunia boleh mengancam mata pencarian mereka. 

"Akibat tekanan sebegitu, mereka meletak jawatan dan cuma tinggal beberapa orang sahaja untuk menerusikan program ini," kata Fatmawati. 

Kempen yang diilhamkan Nazma Khan itu bertujuan untuk memberikan kesedaran serta bagi memberi ruang kepada masyarakat dunia khusunya yang bukan beragama Islam merasai sendiri pengalaman memakai hijab pada 1 Februari.

"Adalah sangat mendukacitakan apabila Hari Hijab Sedunia di Singapura telah dipaksa untuk diberhentikan setelah kumpulan tersebut menerima ugutan dan tentangan daripada kerajaan Singapura.
"Namun, tujuan Hari Hijab Sedunia hanyalah untuk menyebarkan pemahaman agama dan kesedaran ke arah keamanaan sedunia pada 1 Februari 2014," kata Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.

"Tindakan kerajaan Singapura mengugut dan menentang kumpulan WHD Singapura sangat mengecewakan kerana ini dengan jelas merupakan diskriminasi terhadap orang Islam yang bertudung dan usaha-usaha untuk menyebarkan pemahaman agama sesama walaupun kita tinggal di dalam komuniti yang pelbagai," katanya yang juga merupakan Adun Seri Setia.

Melalui sebuah akaun Facebook ‘World Hijab Day’, wanita-wanita dari seluruh dunia berkongsi pengalaman mereka ketika pertama kali memakai tudung.

Pelbagai kisah menarik hasil perkongsian itu termasuk sebahagian besar mereka merasakan dihormati dan tenang selepas mengenakan hijab.
Mrs Universe 2013, Carol Lee turut menyokong kempen itu dengan memakai hijab dan berharap wanita tidak akan didiskriminasi ketika memakai tudung.

“Wanita tak sepatutnya dikritik atau dianggap berbeza hanya kerana mereka memilih untuk memakai hijab. Orang dari kepercayaan lain patut belajar untuk menghormati itu,” katanya yang dipetik dari laman Facebook Hari Hijab Sedunia.

Akaun Facebook itu sudah mendapat lebih 68,000 ‘likes’ dan hampir 1,000 pemilik akaun Facebook bersetuju untuk menyertai kempen tersebut - sebastianphiu