Salah seorang pemimpin pertubuhan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia
(Comango) mendakwa amalan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender)
tidak bercanggah dengan Islam.
Dakwaan itu dibuat oleh Angela M. Kuga Thas, pengasas KRYSS
(Knowledge and Rights with Young People through Safer Spaces) yang
merupakan salah satu NGO LGBT dalam Comango.
Menurutnya, selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, umat Islam sudah
bebas berfikir berpandukan akal mereka untuk melakukan apa sahaja yang
difikirkan sesuai.
“Islam tidak lagi mempunyai pemimpin selepas Nabi Muhammad sedangkan kami penganut Katolik mempunyai Paus.
“Memandangkan anda tidak lagi mempunyai pemimpin selepas Nabi
Muhammad, ia bermakna anda boleh berfikir secara bebas,” katanya dalam sidang akhbar Comango di pejabat Dignity International, Petaling Jaya semalam.
Ketika ditanya tentang tuntutan Comango termasuk pengiktirafan hak
golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender yang bercanggah dengan
hukum Islam seperti yang terkandung di dalam al-Quran, Angela
memberitahu, terdapat perbezaan antara dosa dan jenayah.
“Apa yang salah dari segi moral tidak bermakna salah dari segi jenayah,” ujarnya.
Beliau turut mempertahankan laporan Comango yang dibentangkan pada
proses semakan berkala sejagat (UPR) ke atas Malaysia di hadapan Majlis
Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai selari
dengan Islam.
Angela menurut laman PowerShiftMsia merupakan pejuang feminis hak asasi manusia yang pernah melakukan penyelidikan tentang lesbian di Malaysia.
PowerShiftMsia adalah perkumpulan NGO hak asasi manusia
yang dipercayai digerakkan oleh Elizabeth Wong, Exco Pelancongan, Hal
Ehwal pengguna dan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Selangor.
Selain Angela, beberapa orang aktivis Comango lain lagi hadir dalam
sidang media termasuk Yap Swee Seng (SUARAM), Jerald Joseph (KOMAS) dan
Irene Fernandez (TENAGANITA).
Jurucakap Comango, Honey Tan Lay Ean berkata pihaknya menolak
tuntutan Comango dilihat dari sudut agama, sebaliknya ia harus dinilai
dari sudut hak asasi manusia.
Sidang media itu diadakan sebagai respon terhadap keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang
menegaskan tuntutan yang dibuat Comango bertentangan dengan syariat
Islam dan bakal menghancurkan negara.
Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dalam satu
kenyataan berkata jawatankuasa fatwa menentang tuntutan itu kerana
selain bercanggah dengan syariat Islam, ia juga bertentangan dengan
undang-undang dan Perlembagaan negara serta norma-norma antarabangsa.
“(Tuntutan itu) akan mencetuskan huru-hara kepada masyarakat dan
negara serta mampu meruntuhkan pegangan dan cara hidup umat Islam di
Malaysia”, katanya.
Justeru, jawatankuasa fatwa berkenaan menggesa kerajaan mengambil
tindakan tegas terhadap Comango yang dilihat satu gerakan yang cuba
menghancurkan kedaulatan Islam di negara ini.
“(Tuntutan itu) akan mencetuskan huru-hara kepada masyarakat dan
negara serta mampu meruntuhkan pegangan dan cara hidup umat Islam di
Malaysia”, katanya.
Comango sebelum ini menuntut beberapa perkara merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender.
Selain menyentuh isu hak asasi manusia, pertubuhan itu turut menuntut
hak kebebasan murtad bagi orang Islam, hak kesamarataan agama serta
mempersoal kes penggunaan kalimah Allah dan ajaran Syiah.
Abdul Shukor turut mengingatkan umat Islam di negara ini untuk
bersatu padu dalam menangani isu berkenaan tanpa memikirkan fahaman
politik masing-masing demi mempertahankan kesucian agama Islam dan
meminta umat Islam yang terlibat dalam pertubuhan itu untuk kembali
kepada ajaran Islam sebenar.
Comango yang ditubuhkan pada 8 September 2008 telah menghantar
laporan pertamanya kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan
mendakwa Malaysia mendisriminasi kumpulan LGBT dengan mengenakan
tindakan undang-undang berkaitan dengan aktiviti liwat dan tidak
senonoh.- anwaraidc
Friday, February 21, 2014
Wednesday, February 19, 2014
PEJABAT TERESA KOK DISIMBAH CAT MERAH??..PADAN MUKA!
TERKINI!
Mungkin kerana terlalu marah akan kebiadapan wakil rakyat DAPig seko ni
yang tak mahu mengaku dan memohon maaf di atas isu video klipnya yang
berjodol "Onedeful Malaysia CNY 2014", maka kontrovesi ini berlarutan. Maka, Teresa Kok menerima hadiah dan habuannya pagi ini. Dari sumber yang IBM dapat, cat merah telah disimbah di tangga ke pusat perkhidmatan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok. Juga terdapat seekor
bangkai ayam dan gambar Teresa. Perkara itu disedari oleh seorang
kakitangannya yang tiba di pejabat kira-kira jam 9 pagi ini.
Ketika dihubungi, Teresa merujuk kepada gambar tersebut dan berkata dah tentu ianya disasarkan kepada beliau. Khabarnya beliau
akan mengadakan sidang akhbar di pejabatnya pada bila-bila masa. Tunggu
perkembangan selanjutnya akan isu Teresa Kok ini yang belum ada jalan
penyelesian. Itulah, kalau berperangai bodoh, sombong, bongkak, maka
terimalah akibatnya. Lain kali, sebelum nak buat sesuatu, gunakan
fikiran yang waras tu dulu. Jangan buat ikut syok sendiri je. Sekarang
kan diri sendiri juga yang susah. Nasib baik penyepak belum sampai ke
muka tu.
Tapi,
tawaran tu masih on ke? Hehehehe. Kesimpulanya pada kejadian ini,
adakah Teresa Kok akan menyunding jari menyalahkan UMNO/BN juga? Memang
sejak kebelakang ini, setiap apa yang berlaku di negara kita ini yang
membabitkan pemimpin-pemimpin pembangkang, maka UMNO/BN lah jadi
sssaranya. Semuanya salah UMNO/BN. Taik kucing le korang. Dah naik
menyampah bila isu-isu pembangkang ni di siarkan. Wasallam. - ibm
Sunday, February 16, 2014
Provokasi Melampau, Daging Babi Di Masjid
Provokasi terhadap umat Islam semakin hari semakin melampau,
Politik kebencian menjadi resepi penting buat haprak pakatan sejak dari dulu lagi.
Jika berlaku pergaduhan dan negara tidak aman amat mudah buat petualang untuk menyalahkan kerajaan.
Pelbagai macam ancaman dan juga serangan terhadap bangsa Melayu, Islam dan kepentinganan bagai tiada kesudahan.
Ada pihak yang mahu umat Islam membalas provokasi, ada pihak yang cuba memainkan sentimen kebencian agama apatah lagi institusi masjid di hina sebegitu rupa.
SEMAKIN BIADAP DAN KURANG AJAQ – AGAMA ISLAM DIHINA LAGI,
DAGING BABI DILETAKKAN DI HADAPAN PINTU MASUK MASJID.
Bukit Mertajam, 16 feb 2014 – Awal pagi ini sebelum subuh seawal jam 5.30 pagi, seorang jemaah yang tiba di Masjid Cherok Tok Kun Atas di sini untuk menunaikan solat subuh terkejut besar apabila hendak memasuki masjid itu mendapati seketul daging diletakkan di hadapan pintu masjid berkenaan.
Apabila ditelitinya, jemaah berkenaan mendapati bahawa ianya adalah seketul daging babi yang sengaja diletakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Berikutan itu, jemaah berusia 78 tahun itu telah membuat satu laporan polis agar perkara itu disiasat.
Walaupun tidak diketahui pihak sebenarnya yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut, namun ianya bertujuan untuk menghina agama dan umat Islam selain berupa satu lagi provokasi terhadap umat Islam di Pulau Pinang khususnya bahawa “apa yang orang Islam boleh buat terhadap “kami”?”. Ini bukanlah kali pertama kejadian meletakkan daging babi di masjid dikesan di negara ini. Sebelum ini beberapa kejadian yang serupa pernah dikesan berlaku di beberapa masjid di beberapa buah negeri.
Cuma yang dikesalkan sikap kurang prihatin masyarakat Islam sendiri dengan tahap kesedaran yang rendah malahan ada yang lebih menjaga kepentingan politik daripada mempertahankan kesucian agama Islam telah menyebabkan kejadian-kejadian seumpama ini dipandang remeh. Persoalannya apakah akan jadi kepada agama Islam di negara ini apabila para penganutnya semakin leka dan alpa ?
Pisau kata ” ada yang kata sanggup makan babi dengan DAP”- pisau

Subscribe to:
Posts (Atom)