tonton video dibawah
Saturday, March 1, 2014
Tuesday, February 25, 2014
Orang Melayu sudah tidak peduli dengan bangsa sendiri?
JIKA semua Melayu bersetuju, selepas ini tiada lagi tanda bangsa
atau ras dalam mana-mana borang rasmi di negara ini. Tiada lagi kotak
tanda: Melayu, Cina, India dan Lain-Lain. Sebaliknya yang ada hanya
Warganegara dan Bukan Warganegara. Puncanya kerana sekarang ini mahu
sebut Melayu pun orang sudah takut dan fobia. Maka itu, perkataan itu
perlu dipadam.
Cadangan itu disokong sendiri oleh seorang menteri Kabinet hasil desakan oleh badan-badan hak asasi manusia.
Jika dulu ada NGO yang diwujudkan untuk memansuhkan ISA (Abolish ISA), yang kemudiannya desakan mereka didengari kerajaan, tidak mustahil cadangan di atas pun akan diterima.
Lagi pun sudah ada suara-suara yang berani mempersoalkan asal-usul orang Melayu. Mereka dakwa Melayu pun kaum pendatang, mereka pun pendatang. Maka semua sama sahaja.
Betul juga, Melayu sekarang ini rata-rata nak cakap Melayu pun sudah malu. Nak baca dan kepit surat khabar Utusan Melayu pun malu. Apatah lagi anak-anak Melayu elit yang tak pernah belajar di sekolah rendah kebangsaan pun sudah ramai.
Jika Melayu bersetuju selepas ini maka kita kena akurlah juga dengan cadangan sebuah lagi NGO hak asasi manusia iaitu Comango.
Comango, Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process atau Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Difahamkan terdapat 13 usul akan dibentangkan oleh NGO Comango yang salah satunya ialah menuntut kebebasan LGBT di negara ini.
Berikut adalah di antara tuntutan Comango yang sudah pun diserahkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu United Nation Human Rights Council, (UNHRC) di Geneva:
* Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBT - iaitu amalan seks songsang!
* Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini Comango turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti itu berleluasa).
* Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai "mengganggu hak peribadi".
* Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh mahkamah tertinggi di Malaysia - untuk dibicarakan di Geneva!
* Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).
Oleh itu, jika orang Melayu beragama Islam bersetuju dengan itu semua, maka negara kita akan menjadi negara Islam pertama bersetuju dengan cadangan-cadangan itu.
Lagi pun tiada kedengaran pun sebuah parti yang menggunakan nama Islam di negara ini membantah atau "sanggup berbaring di atas jalan" untuk menghalangnya. Yang bising hanyalah NGO-NGO totok Melayu yang rasis. Yang lain-lain senyap sahaja.
Jika dikaji, tuntutan demi tuntutan itu dibuat oleh pihak liberal yang banyak berhaluankan parti yang diberi nama "pakatan rakyat".
Jika rakyat semua sudah berpakat maka tidak susahlah untuk mempersetujuinya.
Selain di atas, orang Melayu juga mungkin akan bersetuju dengan satu kumpulan pendesak meminta penghapusan dasar perlindungan kepentingan bumiputera dan tanah rizab Melayu serta kelonggaran kepada orang Islam untuk murtad.
Jika semua orang Melayu Islam bersetuju, maka Malaysia selepas ini akan dikenali sebagai negara yang paling liberal di muka bumi ini.
Tak apalah, lagipun orang Melayu di negara inilah yang sering dituduh paling rasis, paling perkauman. Orang lain tak begitu. Mereka baik. Mereka tidak pandang kaum.
Orang Melayu amat dibenci di negara ini, adakah kerana orang Melayulah yang paling banyak menguasai jawatan-jawatan penting di syarikat-syarikat milik bukan Melayu di negara ini? Atau juga kerana orang Melayulah yang menguasai kesemua gedung perniagaan di negara ini?
Adakah orang Melayu juga yang menguasai rantaian pengedaran barangan (supply chain) di negara ini? Adakah orang Melayu yang menguasai kartel dan monopoli perniagaan di negara ini? Kaum lain tak boleh masuk, kerana jika mereka masuk maka samseng-samseng akan digunakan untuk menghapuskan perniagaan mereka.
Pendek kata Melayulah yang menguasai kekayaan di negara ini. Maka itu, tidak timbul untuk mereka tidak bersetuju untuk menerima cadangan-cadangan di atas itu kerana mereka sudah senang dan mewah. Namun, adakah itu hakikatnya?
Jika bangsa Melayu masih menjadi bangsa yang asyik meminta-minta itu dan ini untuk hidup, apakah mereka sudah bersedia menerima kesemua tuntutan itu?
Yang pasti kekalutan kaum di negara ini semakin gawat. Sudah ramai orang sudah berani kurang ajar di negara ini. Yang hairannya mereka bebas bercakap apa sahaja.
Secara peribadi, saya cukup-cukup bimbang dengan perkembangan ini.
Atau mungkin orang Melayu sudah tidak peduli lagi, kerana bimbang akan dicap rasis?-utusan
Cadangan itu disokong sendiri oleh seorang menteri Kabinet hasil desakan oleh badan-badan hak asasi manusia.
Jika dulu ada NGO yang diwujudkan untuk memansuhkan ISA (Abolish ISA), yang kemudiannya desakan mereka didengari kerajaan, tidak mustahil cadangan di atas pun akan diterima.
Lagi pun sudah ada suara-suara yang berani mempersoalkan asal-usul orang Melayu. Mereka dakwa Melayu pun kaum pendatang, mereka pun pendatang. Maka semua sama sahaja.
Betul juga, Melayu sekarang ini rata-rata nak cakap Melayu pun sudah malu. Nak baca dan kepit surat khabar Utusan Melayu pun malu. Apatah lagi anak-anak Melayu elit yang tak pernah belajar di sekolah rendah kebangsaan pun sudah ramai.
Jika Melayu bersetuju selepas ini maka kita kena akurlah juga dengan cadangan sebuah lagi NGO hak asasi manusia iaitu Comango.
Comango, Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process atau Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Difahamkan terdapat 13 usul akan dibentangkan oleh NGO Comango yang salah satunya ialah menuntut kebebasan LGBT di negara ini.
Berikut adalah di antara tuntutan Comango yang sudah pun diserahkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu United Nation Human Rights Council, (UNHRC) di Geneva:
* Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBT - iaitu amalan seks songsang!
* Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini Comango turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti itu berleluasa).
* Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai "mengganggu hak peribadi".
* Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh mahkamah tertinggi di Malaysia - untuk dibicarakan di Geneva!
* Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).
Oleh itu, jika orang Melayu beragama Islam bersetuju dengan itu semua, maka negara kita akan menjadi negara Islam pertama bersetuju dengan cadangan-cadangan itu.
Lagi pun tiada kedengaran pun sebuah parti yang menggunakan nama Islam di negara ini membantah atau "sanggup berbaring di atas jalan" untuk menghalangnya. Yang bising hanyalah NGO-NGO totok Melayu yang rasis. Yang lain-lain senyap sahaja.
Jika dikaji, tuntutan demi tuntutan itu dibuat oleh pihak liberal yang banyak berhaluankan parti yang diberi nama "pakatan rakyat".
Jika rakyat semua sudah berpakat maka tidak susahlah untuk mempersetujuinya.
Selain di atas, orang Melayu juga mungkin akan bersetuju dengan satu kumpulan pendesak meminta penghapusan dasar perlindungan kepentingan bumiputera dan tanah rizab Melayu serta kelonggaran kepada orang Islam untuk murtad.
Jika semua orang Melayu Islam bersetuju, maka Malaysia selepas ini akan dikenali sebagai negara yang paling liberal di muka bumi ini.
Tak apalah, lagipun orang Melayu di negara inilah yang sering dituduh paling rasis, paling perkauman. Orang lain tak begitu. Mereka baik. Mereka tidak pandang kaum.
Orang Melayu amat dibenci di negara ini, adakah kerana orang Melayulah yang paling banyak menguasai jawatan-jawatan penting di syarikat-syarikat milik bukan Melayu di negara ini? Atau juga kerana orang Melayulah yang menguasai kesemua gedung perniagaan di negara ini?
Adakah orang Melayu juga yang menguasai rantaian pengedaran barangan (supply chain) di negara ini? Adakah orang Melayu yang menguasai kartel dan monopoli perniagaan di negara ini? Kaum lain tak boleh masuk, kerana jika mereka masuk maka samseng-samseng akan digunakan untuk menghapuskan perniagaan mereka.
Pendek kata Melayulah yang menguasai kekayaan di negara ini. Maka itu, tidak timbul untuk mereka tidak bersetuju untuk menerima cadangan-cadangan di atas itu kerana mereka sudah senang dan mewah. Namun, adakah itu hakikatnya?
Jika bangsa Melayu masih menjadi bangsa yang asyik meminta-minta itu dan ini untuk hidup, apakah mereka sudah bersedia menerima kesemua tuntutan itu?
Yang pasti kekalutan kaum di negara ini semakin gawat. Sudah ramai orang sudah berani kurang ajar di negara ini. Yang hairannya mereka bebas bercakap apa sahaja.
Secara peribadi, saya cukup-cukup bimbang dengan perkembangan ini.
Atau mungkin orang Melayu sudah tidak peduli lagi, kerana bimbang akan dicap rasis?-utusan
Kenapa RBA begitu kebal?
Shen Yee Aun
Yee Aun yang juga kolumnis Mingguan Malaysia menerima ugutan itu berikutan tulisan beliau dalam akhbar tersebut bertajuk, Laman Penyokong RBA ditutup' Ahad lalu.
Bagaimanapun ini bukan kali pertama beliau menerima ugutan seumpama itu tetapi persoalannya kenapakah sehingga ke hari ini kumpulan yang dianggap cukup biadab itu terlalu sukar untuk dibawa ke muka pengadilan? Apakah mereka begitu kebal?
RBA cukup terkenal dengan propaganda dan perbuatan kurang ajar mereka menyerang pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kerajaan semasa, sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Namun begitu apa yang lebih bahaya, RBA tidak mempunyai sedikit pun perasaan hormat kepada institusi negara.
Sebutlah apa sahaja, institusi raja-raja, badan kehakiman, jabatan kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu semuanya pernah menjadi sasaran serangan RBA. Lebih biadab lagi RBA turut menghina agama Islam.
Walaupun tindakan RBA dianggap boleh menghancurkan negara sebagaimana pandangan pelbagai pihak, namun sehingga sekarang kumpulan ini masih terus dengan kerja-kerja kotor mereka.
Siapa sahaja yang menyentuh atau menyerang RBA akan diserang balas dengan pelbagai kata-kata kesat dan diancam termasuk ugutan bunuh seperti dialami oleh Yee Aun.
RBA bagaikan 'hantu' yang mengganggu dan mengancam rakyat Malaysia tetapi tiada siapa boleh menghalang mereka.
Atas sebab itulah, banyak pihak bertanya apa yang berlaku kepada siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang pada 3 Julai 2013 menyatakan akan mengumumkan keputusan siasatan mengenai kewujudan RBA. Sehingga ke hari ini siasatan itu entah ke mana.
Sebenarnya, pihak berkuasa amat memahami betapa bahayanya RBA kepada perpaduan rakyat dan keselamatan negara, tetapi mereka seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa sehingga wujudnya pandangan RBA ini terlalu kebal .
Apakah mereka ini benar-benar kebal sehingga sukar dikesan biar pun setiap hari memuat turun pelbagai propaganda yang boleh mencetuskan huru-hara dalam negara atau terdapat kelemahan dalam agensi yang bertanggungjawab mengendali tentera siber seumpama ini?
Tetapi anehnya, apabila ada kes-kes tertentu yang melibatkan penghinaan kepada kaum bukan Islam atau bukan Melayu, begitu pantas sekali pihak berkuasa bertindak.
Justeru adalah wajar ugutan bunuh yang diterima oleh Yee Aun dijadikan asas untuk pihak berkuasa kembali agresif memburu RBA sehingga ke lubang cacing. Kelompok biadab dan tidak tahu menghormati undang-undang ini tidak harus dibiarkan bermaharajalela seolah-olah tiada siapa mampu menghalang kerja jahat mereka.
Oleh itu tindakan yang benar-benar tegas dan serius perlu diambil untuk menangani RBA termasuklah mengetahui siapa dalang yang menggerakkan mereka kerana tanpa sokongan kewangan sudah pasti RBA tidak ke mana dan tidak sekebal sekarang?- utusan
RESOLUSI 10-PERKARA
Sokongan Hadi Awang kepada pengumuman Anwar-Kitsiang membenarkan
kristian menggunakan kalimah Allah pada 08 Jan 2012 telah mengelirukan
ramai pengikut dan penyokong PAS kerana ianya bercanggah dengan
ketetapan Majlis Syura' PAS bertarikh 13 Jan 2012 yang melarang
penggunaan kalimah Allah oleh selain Islam kerana membabitkan isu
aqidah!
Salam 2 all.
Saya melihat ada segelintir pihak masih tidak memahami persoalan
mengenai Resolusi 10-Perkara (10 Point Resolution) berkaitan pengimpotan
bibel versi bahasa Melayu-Indonesia ke Sabah Sarawak dan pergerakannya
di Semenanjung.
Ada yang mendakwa Resolusi itu membenarkan kalimah Allah diguna-pakai
oleh pendakyah kristian; ada yang memfitnah Najib telah menjual kalimah
Allah kepada kristian melalui Resolusi itu; ada yang mendakwa Kerajaan
tunduk kepada pendakyah kristian dalam menggubal Resolusi 10 Perkara
tersebut.
Apa yang jelas, samada pihak yang memfitnah atau mendakwa ini
memutar-belitkan Resolusi 10-Perkara tersebut benar-benar bodoh tidak
memahami perbezaan antara pengimpotan bibel bahasa Melayu dan penggunaan
kalimah Allah, atau mereka memang sengaja mahu mencari publisiti
murahan dan political mileage daripada kejahilan sesetengah pihak.
Resolusi 10-Perkara bertarikh 08 April 2011 ini adalah keputusan kabinet
yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris
Jala, seorang kristian totok daripada Bario, pendalaman Sarawak setelah
berlaku isu perampasan bibel versi bahasa Indonesia di Sarawak dan di
Pelabuhan Kelang. Ianya dibuat setelah mesyuarat kabinet dalam mendepani
masalah pengimpotan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia yang
dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu dalam menghadapi Pilihanraya
Negeri Sarawak 2011.
Apa yang jelas, Resolusi 10-Perkara tersebut langsung tidak menyentuh
tentang kalimah Allah. Ia hanya berkaitan soal pengimpotan dan
penggunaan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia terutamanya di Sabah dan
Sarawak, dan penggunaannya oleh penganut kristian daripada Sabah/
Sarawak di Semananjung.
Jom kita teliti betul-betul Resolusi 10 Perkara itu.
RESOLUSI 10-PERKARA:
1. Bibel dalam apa jua bahasa boleh di impot masuk kedalam Malaysia, termasuk dalam Bahasa Malaysia/ Indonesia;
2. Bibel-bibel ini juga boleh dicetak didalam Semenanjung Malaysia, Sabah and Sarawak;
3. Bibel dalam bahasa asal kaum di Sabah dan Sarawak
seperti Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang juga boleh dicetak atau diimpot;
4. Bagi Sabah dan
Sarawak, dengan mengakui ujudnya masyarakat Kristian bagi negeri-negeri ini,
tiada syarat akan dikenakan bagi pengimpotan dan percetakan bibel dalam semua
bahasa, termasuk dalam Bahasa Malaysia/Indonesia dan bahasa tempatan. Juga
tiada keperluan untuk setem atau nombor siri;
5. Mengambil kira
kepentingan masyarakat Islam yang besar di Semenanjung Malaysia, bibel didalam
Bahasa Malaysia/Indonesia, samada dicetak atau diimpot, mestilah tercatat “Penerbitan Kristian” dan ‘salib’ dicetak di
halaman hadapan;
6. Diatas semangat
1Malaysia, dan mengakui bahawa ramai orang bergerak diantara Sabah dan Sarawak dan
Semenanjung Malaysia, maka tiada sebarang larangan atau sekatan untuk mana-mana
orang membawa bibel atau bahan kristian bagi pergerakan tersebut;
7. Arahan berkaitan bibel ini telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
untuk memastikan perlaksanaan keputusan cabinet ini disempurnakan. Kegagalan
untuk mematuhi arahan ini boleh menyebabkan pegawai berkenaan dikenakan
tindakan disiplin dibawah Perintah Am. Taklimat komprehensif oleh para pegawai
kanan termasuk Peguam Negara akan diberikan kepada semua pegawai berkaitan
untuk memastikan pemahaman yang baik dan perlaksanaan yang sempurna arahan ini;
8. Untuk bibel yang
telah dirampas di Kucing, pihak Gideon, pengimpot bible tersebut boleh
mengambil semula 30,000 naskah bible tersebut tanpa sebarang bayaran. Kami juga
akan membayar semula kos-kos pihak yang terlibat. Tawaran yang sama juga diberikan
keatas 5,100 naskah Bibel yang dirampas di Pelabuhan Kelang, yang telah pun diambil
semula oleh Bible Society Malaysia (BSM) minggu lepas;
9. Melangkaui isu bibel
ini, Kerajaan berhasrat menegaskan komitmennya untuk bekerjasama dengan kumpulan
kristian dan semua kumpulan agama lain untuk memastikan isu-isu antara-agama
dibincangkan secara baik dan bekerja untuk memastikan pencapaian aspirasi semua
agama berdasarkan Perlembagaan, dengan mengambilkira undang-undang sedia ada didalam
negara ini. Untuk memastikan penyegeraan perihal ini, YAB Perdana Menteri akan menemui
perwakilan Christian Federation of Malaysia (CFM) untuk membincangkan hal ini;
10. Para Menteri kabinet
beragama kristian akan mengadakan pertemuan secara berkala dengan pelbagai kumpulan
kristian untuk membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan mereka dengan mana-mana
Menteri atau Perdana Mentari untuk tujuan menyelesaikannya;
Saya memaparkan butiran penuh Resolusi 10-Perkara ini untuk memastikan kita semua memahami apakah sebenarnya resolusi tersebut.
Ini kerana ada pihak yang memutar-belitkan Resolusi 10-Perkara ini
kononnya bukti Kerajaan atauapun Dato' Sri Najib sudah 'menjual kalimah
Allah' kepada pihak kristian!
Sebenarnya Resolusi 10-Perkara ini adalah satu bentuk penyelesaian kepada masalah perampasan bibel versi bahawa Melayu yang diimpot
masuk daripada Indonesia, dan bibel versi bahasa Melayu yang sudah
sedia ada di Sabah dan Sarawak, termasuk yang dirampas di Pelabuhan
Kelang.
Jika diteliti dengan akal yang waras, kita dapat melihat dengan jelas
bahawa Resolusi 10 Perkara ini langsung tidak ada kena-mengena dengan
dan tidak menyentuh langsung penggunaan kalimah Allah atau apa-apa juga
perkataan yang dilarang penggunaannya oleh Enakmen Pengawalan
Pengembangan Agama Bukan Islam.
Malahan Enakmen-Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam yang
digubal di semua negeri-negeri (kecuali Sabah dan Sarawak) berdasarkan
Artiekl 11 (4) Perlembagaan Persekutuan tidak langsung menyentuh tentang
soal kemasukan atau pengimpotan bibel versi bahasa Melayu atau
Indonesia.
Apa yang disentuh oleh Enakmen-Enakmen ini ialah pelarangan penggunaan
beberapa perkataan atau kalimah seperti Allah, solah, wahyu, Ka'bah dan
lain-lain.
Jadi tidak timbul isu Kerajaan ataupun Dato' Sri Najib membenarkan
kristian menggunakan kalimah Allah sebagaimana yang difitnah oleh
pihak-pihak yang sudah kehabisan modal politik.
Sebenarnya Resolusi 10-Perkara ini hanyalah dasar Kerajaan untuk
menyelesaikan masalah spesifik, iaitu masalah kemasukan dan pengimpotan
bibel versi bahasa Melayu kedalam Sabah, Sarawak dan pergerakan bi bel
tersebut ke Semenanjung. Itu sahaja.
Resolusi 10-Perkara ini hanya menyentuh soal pengimpotan bibel versi
bahasa Melayu. Ia tidak ada kena-mengena dengan penggunaan kalimah
Allah.
Tidak mungkin Kerajaan membuat Resolusi
10-Perkara itu untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah sedangkan
Kerajaan sendiri yang mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk
menghalang kristian menggunakan kalimah Allah dalam kes The Herald.
Dan dalam soal pengimpotan barangan percetakan daripada luarnegara,
ianya mestilah tertakluk kepada undang-undang negara, samada
undang-undang Persekutuan mahupun Negeri. Tidak mungkin Resolusi
10-Perkara itu bermaksud mengatasi undang-undang Persekutuan atau
Negeri; kerana tidak boleh mana-mana dasar kerajaan mengatasi mana-mana
undang-undang!
Dan dalam soal pengimpotan bibel versi bahasa Melayu atau Indonesia ini,
ianya mestilah tertakluk kepada undang-undang negara seperti
undang-undang kastam, percukaian, Akta Bahan Cetak dan Penerbitan, Akta
Hasutan, Kanun Jenayah dan lain-lain, termasuk Enakmen Pengawalan
Pengembangan Agama Bukan Islam dan lain-lain.
Walaupun Kerajaan pada dasarnya membenarkan kemasukan atau pengimpotan
bibel versi bahasa Melayu-Indonesia ini, ianya mesti mematuhi dan
tertakluk kepada undang-undang negara. Contohnya ianya mesti mendapat
pelepasan Kastam; ia mesti membayar sebarang cukai impot yang dikenakan,
ianya tidak boleh mengandungi unsur-unsur hasutan dan lain-lain. Jika
ia tidak mematuhi syarat-syarat ini, maka ianya boleh dirampas atau
disita.
Contohnya kalau pengimpotnya tidak membayar cukai, maka pihak Kastam
berhak merampasnya. Dan bila Kastam merampasnya, bukan kerana ia bibel
versi bahasa Melayu, tetapi kerana ia tidak membayar cukai!
Sama seperti kalau kita mahu mengimpot kereta. Kementerian Perdagangan
Antarabangsa mungkin telah memberikan kepada kita AP Impot kereta
contohnya Toyota Harrier. Ini tidak bermakna kita boleh terus
membawanya masuk. Kita mesti mendapat pelepasan Kastam terlebih dahulu.
Dan kita mesti membayar duti impot.
Kemudian, kalau kereta itu datang dengan cermin gelap, kita tidak boleh
membawaynya masuk kecuali mendapat kelulusan JPJ untuk pemasangan cermin
gelap. Jika tidak, JPJ berhak merampasnya! Dan jika JPJ merampasnya,
bukan kerana ia Toyota Harrier, tetapi kerana ia melanggar undang-undang negara!
Bibel versi bahasa Melayu-Indonesia dibenarkan dibawa masuk atau diimpot
melalui dasar Kerajaan, mungkin kerana ada kristian di Sabah dan
Sarawak memang menggunakan bahasa Melayu dan tidak tahu berbahasa
Inggeris. Lagipun Perlembagaan memperuntukkan bahawa bahasa bagi negara
Malaysia ialah Bahasa Melayu.
Yang menjadi isu bukan bibel versi bahasa Melayu, tetapi penggunaan
perkataan-perkataan, ungkapan-ungkapan dan kalimah-kalimah yang memang
sedia dilarang oleh undang-undang sedia ada dalam negara ini. Jadi pihak
pengimpot bibel tersebut mestilah menghormati undang-undang sedia ada
negara, yang antara lain melarang pengimpotan dan kemasukan bahan cetak
dan penerbitan apa jua pun yang melanggar Enakmen Pengawalan
Pengembangan Agama Bukan Islam termasuk penggunaan kalimah-kalimah dan
perkataan-perkataan tertentu termasuk kalimah Allah.
Sayugia diperingatkan bahawa pihak KDN sendiri telah merampas ribuan
naskah Al-Quran yang didapati tidak menepati piawaian dan garis-panduan
yang ditetapkan oleh KDN ataupun JAKIM. Bukan sahaja Al-Quran, malah
ribuan bahan cetak dan penerbitan termasuk buku, majalah, VCD, DVD dan
lain-lain berkaitan agama Islam yang telah dirampas kerana tidak
mematuhi undang-undang negara. Tidak pernah pula umat Islam berlarak dan
berdemonstrasi membantah tindakan KDN atau JAKIM itu!
Sebab itu, saya menegaskan bahawa adalah salah dan tidak wajar bagi
mana-mana pihak menyalahkan Kerajaan dalam isu penggunaan kalimah Allah
oleh pendakyah kristian ini berdasarkan Resolusi 10-Perkara tersebut.
Malahan pendekatan berhemah yang diambil oleh Kerajaan dalam cubaan
menyelesaikan permasalahan bibel versi bahasa Melayu ini sepatutnya
difahami dan dihormati oleh semua pihak; walaupun kita mungkin tidak
bersetuju dengan dasar itu.
Saya sendiri pada dasarnya tidak bersetuju dengan pengimpotan dan
percetakan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia secara terbuka
terutamanya kedalam Semenanjung. Pada saya Kerajaan sepatutnya
menghadkan penggunaan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia ini hanya
kepada penganut kristian yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
perantaraan. Itupun penyebarannya wajib dihadkan kepada mereka sahaja;
dan bukannya secara umum.
Ini kerana dari segi prinsipnya Malaysia adalah sebuah negara yang
meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan; oleh itu Islam wajib
diberi keutamaan dan melangkaui agama atau kepercayaan lain.
Sebab itu saya cadangkan kepada Kerajaan supaya:
1. membuat bancian sebenarnya berapa jumlah penganut kristian yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa harian atau perantaraan. Kita
difahamkan penganut kristian seluruh Malaysia tidak sampai pun 10%
jumlah penduduk. Dan daripada itu, bukan semuanya menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa harian atau pun bahasa perantaraan;
2. setelah bancian dibuat, Kerajaan melalui KDN hendaklah membekalkan
kepada mereka bibel versi bahasa Melayu-Indonesia untuk kegunaan
peribadi mereka sahaja dengan catatan jelas di halaman hadapan bibel itu
"Hanya Untuk Kegunaan Panganut Kristian Berbahasa Melayu Sahaja".
3. mana-mana bibel atau bahan cetak dan penerbitan kristian (atau
agama-agama lain) hendaklah mematuhi mana-mana undang-undang negara
sebelum boleh dibawa masuk atau digunakan termasuk Kanun Jenayah, Akta
Bahan Cetak & Penerbitan, Akta Hasutan, Enakmen Pengawalan
Pengembangan Agama Bukan Islam Negeri-Negeri dan lain-lain perundangan
sedia ada;
4. mana-mana pihak yang melanggar peruntukkan mana-mana undang-undang
tersebut dalam membawa masuk dan menggunakan bibel versi bahasa
Melayu-Indonesia tersebut atau mana-mana bahan cetak atau penerbitan
hendaklah dikenakan tindakan tegas tanpa sebarang kompromi;
5. diwaktu yang sama, pihak JAKIM dan pihak berkuasa Islam negeri-negeri
dengan kerjasama semua agensi kerajaan dan NGO-NGO berkaitan hendaklah
melipat-gandakan usaha untuk menyebarkan Islam melalui pelbagai kaedah
dan pendekatan supaya masyarakat terutama bukan Islam lebih memahami
agama Islam; dan usaha dan pendekatan engagement melalui dialog
dan perbincangan dengan badan-badan bukan Islam hendaklah diaktifkan
dalam usaha memastikan keharmonian dan hubungan antara agama sentiasa
terpelihara dalam negara kita.
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Antara BR1M, sikap pembangkang
Penerima-penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 menyerbu meja
urusetia pada majlis penyampaian BR1M Daerah Kuching di Stadium Tertutup
Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Kuching, Sarawak kelmarin. -
BERNAMA
BR1M diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira apa juga fahaman politik, agama mahupun latar belakang keturunan mereka. Walaupun sejak BR1M pertama kita sering menyaksikan program ini tidak terlepas daripada dipolitikkan oleh pakatan pembangkang namun kerajaan BN tidak menghiraukannya.
Apa yang lebih penting bagi kerajaan ialah berusaha sedaya upaya mencari apa juga jalan yang boleh mengurangkan beban rakyat dan memberikan kesejahteraan kepada mereka.
Sebab itulah ketika berucap di Pekan, semalam, Najib berkata, Tak apalah orang tuduh kita, itu soal politik. Kalau dia kata kita baik susahlah dia. Memang pembangkang akan tuduh kita, apa kita buat tak akan dia nak kata baik. Dia akan cari jalan kutuk kita. Tapi tak apa, kuatkan iman kita, peganglah kepada ajaran Islam....insya-Allah akan diredai."
Sememangnya Najib sudah masak dengan perangai pembangkang yang tidak akan menyokong apatah lagi memuji sebarang usaha kerajaan bagi membantu rakyat. Bagi pembangkang jika rakyat gembira dengan dasar dan program kerajaan ia ibarat mengundang bencana politik kepada mereka.
Justeru kita tidak perlu terkejut jika pakatan pembangkang akan terus konsisten untuk memburuk-burukkan pemberian BR1M ini termasuklah berhujah bahawa ia hasil daripada kutipan cukai rakyat.
Fakta ini kita tidak nafikan tetapi apa salahnya jika kerajaan mengembalikan ia kepada rakyat, kenapa pembangkang mahu meracuni fikiran rakyat dengan politik songsang mereka?
Pembangkang sebenarnya sudah banyak mengajar rakyat negara ini supaya tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan dan bersyukur dengan apa yang dinikmati. Mereka akan berhujah sememangnya sudah menjadi tanggungjawab kerajaan meningkatkan taraf hidup dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat
Tetapi apa yang anehnya apabila kerajaan melaksanakan program bagi membantu rakyat termasuklah BR1M, mereka menuduh pula ia bermotif politik dan kerajaan BN ingin mencari sokongan politik. Dalam kata mudah, buatlah apa sahaja, semua tidak akan dipandang positif oleh pembangkang.
Mungkin disebabkan ajaran inilah ada antara penyokong pembangkang yang langsung tidak berterima kasih kepada kerajaan sebaliknya mengeluarkan pelbagai hujah untuk menghalalkan langkah mereka untuk menerima BR1M, biar pun kelompok inilah yang selalu mengecam kerajaan dengan menuduh BN zalim dan sebagainya.
Dalam keghairahan pembangkang mengkritik segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban hidup rakyat, mereka sendiri tidak pernah tampil dengan sebarang cadangan atau pandangan bagi tujuan itu.
Sebelum ini, kita melihat bagaimana pembangkang begitu ghairah menyalahkan kerajaan berhubung kenaikan harga barang. Pelbagai tuduhan mereka lemparkan tetapi di negeri yang mereka perintah seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan tidak ada satu usaha pun yang dilakukan bagi membantu rakyat.
Ini berbeza dengan kerajaan yang menyusun pelbagai strategi bagi menangani permasalahan itu termasuklah mengwujudkan Jawatankuasa Kuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tidak cukup dengan itu, kerajaan juga mengerahkan seluruh kementerian khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencari mekanisme bagi membolehkan rakyat mendapat keperluan asas dengan harga lebih murah.
Ia disusuli pula dengan gerakan turun padang bagi memantau harga barang tetapi persoalannya pernahkah kita mendengar pakatan pembangkang memuji usaha kerajaan itu? Sudah pasti tidak!
Sebaliknya, apa yang kerap kita saksikan, pembangkang akan mempolitikkan segala-galanya.
Apa yang lebih malang, turut bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP ialah Pas sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan sudah pasti memahami keperluan untuk berterima kasih kepada orang yang berbuat kepada kita serta bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah melalui usaha kerajaan BN.
Bagaimanapun setakat ini, kita melihat kerajaan BN tidak pernah tergugat atau terganggu dengan mainan politik pembangkang. BN yang diberi mandat untuk memerintah negara ini terus menyusun pelbagai program demi kepentingan rakyat.
Inilah selaras dengan penegasan yang dibuat oleh Najib dalam ucapan beliau ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013 yang antara lain beliau menegaskan:
Satu demi satu tohmah dilontar, beraneka domba dituduh kepada kita. Namun, kita bukanlah barisan yang mudah mengaku kalah, apatah lagi tidak mungkin duduk bersimpuh dan berdiam diri.
BN mengambil resminya padi, makin merunduk makin berisi. Bulan demi bulan, tahun demi tahun, dari masa hingga masa, kita terus bangun, bangkit dan berjuang demi rakyat, demi negara."
Oleh itu biarlah pembangkang terus dengan mainan politik mereka demi memburu cita-cita untuk menguasai Putrajaya. Berdasarkan tindak tanduk mereka selama ini sudah terbukti pembangkang bukanlah kelompok yang diwujudkan untuk membela nasib rakyat tetapi hadir ke persada politik tanah air hanya untuk merebut kuasa.
Mereka cuba memaparkan bahawa mampu melakukan jauh lebih baik daripada kerajaan BN jika memerintah negara tetapi saksikanlah keadaan di negeri-negeri di bawah takluk mereka. Terlalu banyak dan kemelut yang berlaku sehingga jawatan Menteri Besar pun menjadi rebutan sehingga memaksa sebuah pilihan raya kecil diadakan.
Kita harus mengakui bahawa bukan mudah untuk memberi penjelasan kepada kelompok yang sudah terhasut dengan mainan politik pembangkang tetapi kerajaan BN sudah membuktikan tidak akan berputus asa apatah lagi mengalah.
Kerajaan BN mempunyai tanggungjawab untuk memakmurkan negara ini dan memberi kesejahteraan kepada rakyatnya. Kalau mahu ikut rentak pembangkang mungkin sampai kiamat pun belum tentu mereka akan menyokong apa yang kerajaan lakukan.
Apa yang lebih penting ialah kerajaan BN memahami bahawa segala yang dilakukan adalah atas niat yang ikhlas demi rakyat, biarlah pembangkang dengan sandiwara politiknya kerana akhirnya bak kata Najib;
Apa pun kebaikan yang kita perbuat, apa pun amal kebaikan yang kita lakukan, ada saja yang tidak kena, ada saja yang tidak betul di mata kawan-kawan di seberang sana. Namun biarlah, kata orang, kebenaran depan mata kadang-kadang kita tak nampak. Yang batil itu akhirnya akan terpasung jua." - utusan
Mana perginya suara Islam Pas?
SUASANA Malam Mahabbatur Rasul Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman,
Alor Setar, Kedah anjuran kerajaan negeri baru-baru ini yang
dipertikaikan oleh pemimpin Pas negeri itu.
Demikian penegasan yang dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Haniff Omar di Muar, kelmarin yang menunjukkan betapa kecewanya beliau dengan perkembangan berkaitan tindakan pihak-pihak tertentu termasuklah ahli politik bukan Islam mencampuri urusan hal ehwal Islam.
Haniff bukanlah individu pertama yang melahirkan kekesalan tersebut, sebelum ini sudah banyak pihak mempunyai pandangan serupa dan tertanya-tanya kenapakah wujud keberanian luar biasa dalam kalangan pihak tertentu termasuklah ahli politik pembangkang.
Apa yang dikesalkan, biar pun wujudnya parti politik yang mendakwa memperjuangkan Islam iaitu Pas tetapi parti itu lebih banyak mendiamkan diri. Suara Islam Pas seolah-olah tenggelam atau ditenggelamkan sejak menjalin tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Pas langsung tidak tampil mempertahankan institusi ulama mahu pun Majlis Fatwa Kebangsaan apabila sekutu mereka mengkritik pihak tersebut.
Keadaan itulah yang menyebabkan sesetengah pemimpin pembangkang khususnya DAP begitu biadab seperti mana dilakukan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung larangan menyambut Hari Kekasih dalam kalangan umat Islam.
Sejak tercetusnya kenyataan kontroversi itu, tiada seorang pun pemimpin Pas yang bersuara, biar pun Tony mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh sebuah badan yang cukup tinggi dalam institusi Islam di Malaysia. Sama ada Dewan Ulama, Dewan Pemuda Pas Pusat mahupun pemimpin-pemimpin Pas di semua peringkat, tiada suara bantahan bagi mengecam kebiadaban Tony.
Tidak cukup dengan itu, Pas juga `membisu apabila seorang pemimpin kanan DAP mempertikaikan khutbah Jumaat yang mengandungi firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 111. Walaupun perbuatan ini sudah dilihat keterlaluan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara, namun Pas tidak memprotes kenyataan biadab tersebut. Pas mengamalkan sikap seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Sedangkan tindakan pemimpin kanan DAP itu menunjukkan mereka semakin hilang perasaan gerun untuk menghormati agama Islam.
Sebelum ini Pas juga dilihat menikus dalam isu penggunaan kalimah Allah, biarpun wujudnya bantahan keras daripada umat Islam di seluruh negara. Pas terus berpegang dengan perjanjian awal dengan sekutunya bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam asalkan ia tidak disalah gunakan.
Tetapi bagi isu di Selangor, Sultan Selangor sudah mengeluarkan titah bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah namun Pas tidak berkongsi sentimen yang sama biar pun mereka mempunyai wakil dalam kerajaan negeri.
Lebih mengecewakan, sejak awal isu kalimah Allah ini tercetus termasuklah apabila ia diputuskan di mahkamah, Pas tidak memberikan sebarang reaksi, biar pun ketika itu ada seruan supaya seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik bersatu mempertahankan kalimah suci itu.
Hakikatnya, kalau mahu disenaraikan terlalu banyak bukti yang menunjukkan Pas semakin hilang suara Islamnya, biar pun sering mendabik dada mereka memperjuangkan Islam jauh lebih baik daripada UMNO.
Bagaimanapun apa yang kita saksikan suara dan perjuangan Islam setakat ini hanyalah retorik akibat terlalu menjaga hubungan dengan PKR dan DAP.
Dan tidak keterlaluan jika dikatakan perjuangan Islam Pas hanya sekadar untuk meraih sokongan politik khususnya dalam memancing undi daripada kalangan umat Islam.
Ini jelas apabila dalam bab-bab berkaitan politik Pas paling ke hadapan. Mereka bersedia mengadakan solat hajat bagi mengekalkan pemerintahan parti itu di Kelantan tetapi tidak bersedia mengadakan solat hajat bagi mempertahankan kalimah Allah.
Pas juga paling ghairah mengerahkan penyokong-penyokongnya turun ke jalanan bagi membantah keputusan pilihan raya atau menuntut pilihan raya bersih dan adil tetapi tiada seruan meminta mereka turun mengadakan demonstrasi bagi mempertahankan kesucian Islam.
Selain itu, pemimpin-pemimpin Pas juga begitu lantang mengkritik kepimpinan UMNO termasuklah dalam hal ehwal Islam tetapi apabila pemimpin DAP dan PKR membuat kenyataan bertentangan dengan Islam, Pas `kecut perut.
Dalam soal sikap Pas ini, penulis bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin apabila pemimpin Pas negeri itu mempertikaikan majlis selawat yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kedah pimpinan Barisan Nasional (BN) yang dihadiri oleh 40,000 orang.
"Majlis selawat ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan negeri untuk mendidik umat Islam khususnya di Kedah dengan nilai-nilai murni yang di ajar oleh Nabi Muhammad SAW malahan program sebegini jauh lebih baik daripada Pas yang menganjurkan solat hajat bagi tujuan politik dan lebih teruk lagi mendoakan kehancuran sesama umat Islam, katanya ketika dihubungi.
Sememangnya itulah sikap Pas, mereka sentiasa sahaja memperkecil dan memperlekehkan apa juga program Islam yang dianjurkan oleh UMNO seolah-olah program berlandaskan Islam itu hanya eksklusif untuk Pas.
Tidak cukup dengan itu, sehingga ke hari ini Pas terus menjaja kononnya UMNO tidak mempertahan atau memperjuangkan Islam dan dalam soal ini, Shaiful Hazizy menegaskan, tuduhan itu sangat dangkal.
"Ini kerana mereka buta mata hati untuk melihat bahawa UMNO meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, seperti tercatat dalam Perlembagaan, yang jauh lebih tinggi kedudukannya daripada sekadar sebagai agama rasmi. Wajar dilihat satu persatu usaha UMNO mempertahan Islam secara berterusan sejak merdeka selama 55 tahun dahulu, dan bukannya hanya baru-baru ini sahaja, tegasnya.
Tetapi apakah fakta ini dikaji dan dinilai oleh Pas secara ikhlas sebagai pihak yang kononnya mahu melihat pemerintahan Islam dimartabatkan di negara ini, sudah pasti tidak. Apa yang berlaku seperti mana kata Shaiful Hazizy, setiap kali pilihan raya Pas tidak pernah melepaskan peluang menggunakan agama sebagai alat untuk meraih undi.
Bagaimanapun kita yakin perjuangan Pas tidak akan ke mana selagi mereka terus bersekongkol dengan PKR dan DAP. Semoga pemimpin dan pengikut Pas akan diberi hidayah bagi memahami fakta ini.
- utusan
Monday, February 24, 2014
Masa Untuk Menyerang Persepsi Dan Kebencian Terhadap UMNO – Zahid
MELAKA, 24 Feb – Anggota dan pemimpin UMNO disaran supaya bangkit
menyerang persepsi negatif dan dakyah kebencian yang ditanam pihak
pembangkang kepada rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata budaya kebencian terhadap UMNO dan BN telah ditanam oleh pembangkang sejak pilihan raya umum 2008 dengan slogan ‘ABU’ (Asal Bukan UMNO) dan ‘ABN’ (Asal Bukan BN).
“Kita tidak harus berdiam diri sebaliknya menyerang berlandaskan fakta dan hujah yang benar,” katanya pada majlis Malam Amal Perdana Bersama Pemimpin di Bukit Katil, di sini malam tadi.
Beliau berkata persepsi yang ditanam terhadap UMNO dan BN seolah-olah mereka bukan lagi pemegang tampuk kuasa yang relevan.
“Apabila kebencian telah ditanam sekian lama, kita mesti berani melakukan hujahan serangan yang bukan bersifat peribadi tetapi berlandaskan fakta-fakta bagi membetulkan persepsi bahawa kita dianggap salah, dengan kebencian yang ditanam dalam kalangan audiens iaitu para pengundi,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata terdapat anggota dan pemimpin UMNO serta BN yang berdiam diri kerana komitmen dan iltizam yang terlalu tipis dalam melakukan serangan balas kepada pembangkang malahan ada yang ‘menambah’ kepada perbezaan pendapat itu.
“Dengan kuasa yang terhakis di peringkat nasional dan sebahagian negeri-negeri, ini merupakan ujian buat kita dalam perang saraf ini. Pertahanan yang terbaik ialah kita melakukan serangan pula kepada pembangkang,” katanya.
Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Veteran UMNO Melaka itu dihadiri lebih 1,000 anggota parti termasuk Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
-umno-online
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata budaya kebencian terhadap UMNO dan BN telah ditanam oleh pembangkang sejak pilihan raya umum 2008 dengan slogan ‘ABU’ (Asal Bukan UMNO) dan ‘ABN’ (Asal Bukan BN).
“Kita tidak harus berdiam diri sebaliknya menyerang berlandaskan fakta dan hujah yang benar,” katanya pada majlis Malam Amal Perdana Bersama Pemimpin di Bukit Katil, di sini malam tadi.
Beliau berkata persepsi yang ditanam terhadap UMNO dan BN seolah-olah mereka bukan lagi pemegang tampuk kuasa yang relevan.
“Apabila kebencian telah ditanam sekian lama, kita mesti berani melakukan hujahan serangan yang bukan bersifat peribadi tetapi berlandaskan fakta-fakta bagi membetulkan persepsi bahawa kita dianggap salah, dengan kebencian yang ditanam dalam kalangan audiens iaitu para pengundi,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata terdapat anggota dan pemimpin UMNO serta BN yang berdiam diri kerana komitmen dan iltizam yang terlalu tipis dalam melakukan serangan balas kepada pembangkang malahan ada yang ‘menambah’ kepada perbezaan pendapat itu.
“Dengan kuasa yang terhakis di peringkat nasional dan sebahagian negeri-negeri, ini merupakan ujian buat kita dalam perang saraf ini. Pertahanan yang terbaik ialah kita melakukan serangan pula kepada pembangkang,” katanya.
Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Veteran UMNO Melaka itu dihadiri lebih 1,000 anggota parti termasuk Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
-umno-online
UMNO-BN C***I, TAPI C***I TU JUGALAH YANG DICIUM DIJILAT BILA AIR TAK ADA!!
Sungguh aneh para penyokong dan pengundi DAP di Balakong. Mereka bukan main lagi menghentam UMNO-BN, sehinggakan UMNO-BN nak pacak papan tanda pun tak boleh di kawasan mereka, tapi sekarang, bila air tak ada, dirayu-rayu pula Kerajaan Pusat yang diketuai oleh UMNO. Terus sebut tentang 1Malaysia, terus sebut tentang kebajikan, keprihatinan dan rakyat didahulukan.
Sungguh lawak!!!
Masa tengah kenyang, bukan main lagi lagaknya. Dalam Facebook, kalau tak maki hamun UMNO-BN dan kemudian disusuli pula dengan tulisan-tulisan Cina berbaur bahasa Inggeris tahap longkang konon-kononnya Melayu bongok sangat sampai tak boleh faham apa yang mereka tulis.
Nah, sekarang, pasal apa nak ungkit 1Malaysia?
Bukankah 1Malaysia ditentang? Bukankah Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh UMNO dan dibarisi oleh Barisan Nasional merupakan kerajaan yang bodoh, lemah dan bahlol berbanding Pakatan Rakyat?
Balakong adalah kawasan Pakatan Rakyat, di negeri Pakatan Rakyat. Wakil rakyatnya adalah Eddie Ng Tien Chee dari DAP. Kerajaan Negerinya pula adalah campuran PKR-DAP-PAS. Air dan tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kerajaan Pusat tidak boleh sewenang-wenangnya campurtangan dalam urusan air dan tanah di Selangor kerana Perjanjian Malaysia.
Dah hebat sangat DAP, dah kuat sangat Pakatan Rakyat, dah bijak sangat Khalid Ibrahim, kenapa tak desak Khalid Ibrahim yang selesaikan masalah ini? Dari tahun 2010 lagi, telah diberitahu bahawa Selangor akan berhadapan dengan krisis bekalan air sekiranya bekalan air mentah tidak diperolehi segera memandangkan sungai-sungai yang ada di Selangor adalah 'sungai-sungai mati' yang airnya tidak lagi boleh diproses di dalam lingkungan kos yang boleh ditanggung oleh pengguna, tapi bukankah DAP yang paling kuat menyalak dan melalak sampai buat demonstrasi dengan Balakong sendiri menyediakan cinabeng-cinabeng untuk tujuan berkenaan?
Sekarang, tanggunglah sendiri!
Baru perintah Selangor, Pakatan Rakyat dah kelam-kabut. Bagaimana sekiranya mereka memerintah Malaysia? Barangkali semua orang Islam di Malaysia pakat-pakat kena belajar tayammum 24 jam ler kut sebab paip ada, airnya yilllekkk!!!
theflyingkick
Kenyataan PPIM Mengenai Hak Keistimewaan Melayu
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
mendakwa terdapat pihak tertentu di negara ini ibarat `sudah diberi
betis diminta peha’ apabila mahu menghapuskan hak keistimewaan Melayu
dan bumiputera.
Penasihatnya, Dr. Ahmad Zaki Ismail
berkata, pihak terbabit membuat terlalu banyak permintaan, cadangan dan
desakan yang berbaur ugutan kepada kerajaan bagi menghapuskan hak
tersebut.
“Ia dilaksanakan secara terancang dan
berterusan bermula dengan permintaan secara sopan dan kemudian bergerak
ke arah yang lebih radikal secara terbuka dan sudah tiba ke peringkat
ugutan.
“Rakyat jati negara ini berasa pelik kenapa keistimewaan (Melayu dan bumiputera)
yang begitu kecil dan peruntukkan 30 peratus yang cuba dilindungi
kerajaan sebagai balasan pengorbanan kaum itu sudah dipersoalkan malah
minta dihapuskan sedangkan segala peluang yang sedang dinikmati mereka
yang mendesak tidak langsung disentuh. Umpama kata pepatah `sudah diberi
betis minta paha’,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Berikut kenyataan penuh Ahmad Zaki melalui kenyataan tersebut:
MUTAKHIR INI TERLALU BANYAK
PERMINTAAN, KOMENTAR, CADANGAN MALAH SAMPAI KE TAHAP DESAKAN YANG
BERBAUR UGUTAN DIKELUARKAN OLEH PELBAGAI PIHAK KEPADA KERAJAAN BAGI
MENGAKHIRI KEISTIMEWAAN BUMIPUTRA DAN ORANG MELAYU DI NEGARA INI.
IA DILAKSANAKAN SECARA TERANCANG
DAN BERTERUSAN BERMULA DENGAN PERMINTAAN YANG SOPAN DAN BERGERAK KE
ARAH YANG LEBIH RADIKAL DILUAHKAN SECARA TERBUKA DAN SUDAH TIBA KE
PERINGKAT UGUTAN.
TENTU KITA RAKYAT JATI NEGARA
INI MERASA PELIK KENAPA KEISTIMEWAAN YANG BEGITU KECIL DAN PERUNTUKAN 30
PERATUS YANG CUBA DILINDUNGI KERAJAAN SEBAGAI BALASAN PENGORBANAN
BUMIPUTRA SUDAH DIPERSOALKAN MALAH MINTA DIHAPUSKAN. SEDANGKAN SEGALA
KEISTIMEWAAN DAN PELUANG YANG SEDANG DINIKMATI MEREKA YANG MENDESAK INI
TIDAK LANGSUNG DISENTUH DAN DIHARGAI MEREKA SENDIRI.
UMPAMA KATA PEPATAH SUDAH DIBERI BETIS DIMINTA PEHA.
LIHAT SAHAJA MINORITI LAIN DI
MYANMAR YANG BUKAN SAHAJA DINAFIKAN SEGALA HAK UNTUK MENJADI PENDUDUK
TETAPI TURUT DINAFIKAN HAK UNTUK HIDUP DAN MENCARI MAKAN DI NEGARA
TEMPAT TUMPAH DARAH MEREKA SEHINGGA TIGA KETURUNAN.
BETAPA BAIKNYA RAKYAT NEGARA INI KEPADA PENDATANG YANG DIPAKSAKAN BRITISH DITERIMA OLEH KITA SEMUA.
DI THAILAND, INDONESIA DAN
FILIPINA JUGA TENTU PATUT DIJADIKAN RUJUKAN UNTUK MEMBUKA MATA APAKAH
YANG DAPAT DIPEROLEHI SEKIRANYA MEREKA DITAKDIR BERADA DI SANA. KERANA
KECELUPARAN DAN KEBIADABAN KUMPULAN PENDESAK YANG ANTARA LAINNYA MEMINTA
SUPAYA KERAJAAN:
1. MENGHAPUSKAN RUANGAN BANGSA PADA PENGENALAN DIRI DALAM SEBARANG BORANG RASMI KERAJAAN.
2. MENGHAPUSKAN PERLINDUNGAN KEPENTINGAN BUMIPUTRA DALAM DASAR EKONOMI BARU.
3. MENGHAPUSKAN TANAH REZAB MELAYU.
4. MEMBERIKAN KEBENARAN UNTUK MURTAD. PADA MASA YANG SAMA MEREKA MENDESAK SUPAYA:
1. SEKOLAH-SEKOLAH VENAKULAR SRJK DIBERI KEISTIMEWAAN YANG
SAMA DENGAN SEKOLAH KEBANGSAAN.
2. MENYOKONG PERJUANGAN LGBT DAN LIBERALISMA BERAGAMA.
3. MENUNTUT DIBERIKAN PELUANG YANG LEBIH DALAM SEKTOR AWAM DAN PUSAT PENGAJIAN AWAM.
2. MENGHAPUSKAN PERLINDUNGAN KEPENTINGAN BUMIPUTRA DALAM DASAR EKONOMI BARU.
3. MENGHAPUSKAN TANAH REZAB MELAYU.
4. MEMBERIKAN KEBENARAN UNTUK MURTAD. PADA MASA YANG SAMA MEREKA MENDESAK SUPAYA:
1. SEKOLAH-SEKOLAH VENAKULAR SRJK DIBERI KEISTIMEWAAN YANG
SAMA DENGAN SEKOLAH KEBANGSAAN.
2. MENYOKONG PERJUANGAN LGBT DAN LIBERALISMA BERAGAMA.
3. MENUNTUT DIBERIKAN PELUANG YANG LEBIH DALAM SEKTOR AWAM DAN PUSAT PENGAJIAN AWAM.
WALHAL DI MASA YANG SAMA MEREKA
1. MENGAMALKAN HIPOKRASI DAN MENEKAN BUMIPUTRA DI DALAM PELBAGAI BIDANG YANG MEREKA KUASAI.
2. MENGANIAYA PARA PEKERJA BUMIPUTRA DAN ISLAM DALAM ORGANISASI MEREKA SEHINGGA KE TAHAP TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI TUDUNG DAN BERSOLAT WAKTU ATAU JUMAAT.
3. MENDISKRIMINASI PENGAMBILAN PEKERJA SEHINGGA MELETAKKAN PRA SYARAT MESTI FASIH BERBAHASA MANDARIN ATAU TAMIL SEDANGKAN TIDAK ADA KEPERLUAN UNTUK TUJUAN BERKAITAN DISEBABKAN SYARIKAT ADALAH BEROPERASI DI NEGARA INI.
2. MENGANIAYA PARA PEKERJA BUMIPUTRA DAN ISLAM DALAM ORGANISASI MEREKA SEHINGGA KE TAHAP TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI TUDUNG DAN BERSOLAT WAKTU ATAU JUMAAT.
3. MENDISKRIMINASI PENGAMBILAN PEKERJA SEHINGGA MELETAKKAN PRA SYARAT MESTI FASIH BERBAHASA MANDARIN ATAU TAMIL SEDANGKAN TIDAK ADA KEPERLUAN UNTUK TUJUAN BERKAITAN DISEBABKAN SYARIKAT ADALAH BEROPERASI DI NEGARA INI.
ATAS TINDAKAN MELAMPAU YANG
DITUNJUKKAN OLEH KUMPULAN EKSTRIMIS INI KAMI PERSATUAN PENGGUNA ISLAM
(PPIM) DENGAN INI MEMINTA SUPAYA PIHAK BERKUASA DAN PIHAK PEMERINTAH
MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP KEBIADAPAN DAN TINGKAH LAKU DI LUAR
BATASAN SERTA ADAB SELAKU WARGA NEGARA YANG CINTA KEPADA KEAMANAN SERTA
MEMATUHI UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA KITA.
KAMI BERIKRAR AKAN MENERUSKAN
KEMPEN MENGHENTIKAN KEBIADABAN INI KE SELURUH NEGARA DAN MENDESAK
SELURUH RAKYAT NEGARA INI YANG CINTAKAN KEAMANAN UNTUK MENYOKONG USAHA
INI DEMI MASA DEPAN NEGARA SUPAYA TIDAK MENJADI HANCUR SERTA KUCAR
KACIR.
HENTIKAN SEBELUM TERLAMBAT USAHAKAN SEBELUM TERLEWAT. – mynewshub
Y BHG DR AHMAD ZAKI ISMAIL
PENASIHAT
PENASIHAT
Subscribe to:
Posts (Atom)