Malah tindakan Lim Guan Eng DAP yang masih berpolitik kebencian di dalam perutusan hari perayaan telah disindir di dalam Facebook beliau.
Di antaranya :
1. it is time to change your speech writer, CM. You can't seem to differentiate between Jade Emperor festival, Chinese New Year and Christmas with your Party's dinner. Need to separate politics from festivities.
2. congrulation CM! How much heatred u create! nw i wonder is this of kind festival speech came out of CM.Hampir kesemua perutusan hari perayaan dan juga kenyataan akhbar anak Lim Kit Siang DAP ini seperti berbau kebencian yang amat sangat terhadap parti UMNO. Beliau juga selektif dengan hanya menghentam parti UMNO terhadap apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan parti itu.
3. Funny... there r still people who believe this guy. He got lower popular votes & was kicked from 2nd to 5th spot by his own members in 2nd CEC DAP but yet, still holding Sec-Gen DAP ! Shame !
4. Ini ucapan perayaan atau ucapan politik??
Yang terbaru ialah perutusan sempena Perayaan Jade Emperor atau Hari ke-8 Tahun Baru Cina:
Pulau Pinang akan membalas permainan berbahaya UMNO yang menggunakan api perkauman dan kebencian agama dengan senjata keadilan sosial, kemakmuran ekonomi, tadbir urus baik dan kepimpinan yang bersih.
Semasa perayaan Tahun Baru Cina tahun ini, topik yang biasa menjadi perbincangan dalam kalangan keluarga sewaktu berhimpun adalah bagaimana api perkauman dan kebencian agama yang melumpuhkan usaha mencapai kemakmuran dan mempercepatkan lagi penghijrahan keluar modal insan. Pulau Pinang akan membalas permainan berbahaya UMNO yang menggunakan api perkauman dan kebencian agama dengan senjata keadilan sosial, kemakmuran ekonomi, tadbir urus baik dan kepimpinan yang bersih. seterusnyaTindakan Lim Guan Eng yang berpolitiking dalam apa sahaja ketika termasuk hari perayaan turut dikecam oleh Datuk Zainal Abidin, Pengerusi UMNO Pulau Pinang.
Twitter Datuk Zainal :
LGE ignites the fire daily since 2008 n blame it on UMNO
sumber : KLIK
Sikap seperti obsesif (obsessive) Lim Guan Eng mengutuk parti UMNO secara berterusan termasuk di hari perayaan adalah satu sikap kompulsif (compulsive) yang melampau membakar kebencian yang amat sangat ditunjukkan oleh seorang ahli politik dan berjawatan tinggi di dalam parti DAP.
Kenapa begitu obsesif sehinggakan ada yang mengingatkan anak Lim Kit Siang DAP untuk membezakan di antara politik dengan perkara-perkara lain seperti hari perayaan?
Satu sahaja sebab yang rasional dan mungkin dapat menjawab keobsesifan tersebut. Anak Kit Siang DAP ini terpaksa beria-ia menghentam parti lawan untuk menutup malu sendiri dan parti DAP?
Imej Lim Guan Eng sudah teruk tercemar kerana beliau telah jatuh tergolek ke tangga-5 semasa pemilihan semula CEC DAP yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah parti itu.
Beliau juga mendapat undi popular yang merosot tetapi beliau masih tidak malu untuk menjawat 'Setiausaha Agung DAP'. Malah, beberapa DAP negeri juga teruk bercelaru dan sungguh memalukan sekali.
Masaalah DAP dengan Registra of Society masih belum selesai lagi.
Kata mudah, busuk nanah dalam DAP bukan satira politik tetapi satu kenyataan!
Apakah kerana itu Guan Eng DAP bersikap obsesif ?- novandri