Wednesday, February 5, 2014

HOT ~ DALANG PENGHAPUSAN ETNIK BANGSA MELAYU TELAH DIBAWA MASUK..!

Semua orang tahu bagaimana sebuah Bangsa Melayu yang dijajah hampir 450 tahun boleh bangkit bangun, maju dan terkehadapan hanya dalam tempoh 50 tahun. Kegigihan dan kesatuan hati serta kesatuan tindakan telah berjaya merubah sebuah bangsa hina yang tiada pelajaran, miskin, berpenyakit dan melarat kepada sebuah bangsa yang berpendidikan, kaya, menguasai pelbagai bidang ilmu dan kepakaran serta dominan dengan kuasa yang dimiliki sejak Merdeka lagi.

Resepi kejayaan yang diadun dengan penuh keikhlasan dan tindakan yang cukup dedikasi telah berjaya meletakkan bangsa Melayu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dan berlari sama sampai dengan bangsa bangsa lain didunia ini.

Ini hak..  Ini Kebenaran..! Ditangan UMNO dan para pejuang bangsa la umat Melayu dapat meningkatkan syiar Islam yang dianutinya..! dari kebangkitan bangsa sekaligus mengangkat agama yang dianutinya dalam mentadbir sebuah negara Merdeka dan bermaruah.

Namun bangsa pendatang yang dibawa masuk tidak sesekali merasa senang dengan perkembangan hebat bangsa ini..! pendatang tahu melalui kuasa sahaja mereka dapat meratah dan seterusnya memonopoli secara mutlak sebuah negara Melayu Islam ini..!

Itu sebab apabila Anwar dan Melayu yang sekutu dengannya bersedia menjadi hamba sahya kepada cina komunis maka bermula lah episod suram kepada bangsa. Setelah dua kali kuasa 2/3 dinafikan didalam PRU yang lalu kini para komunis semakin berselerak dan menunjukkan belang.

Menghina kalimah suci, derhaka kepada Raja Raja, menolak bahasa Kebangsaan, Menghina tulisan Jawi, menghina Azan, menafikan hak dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera, menghina Askar Di Raja, menghina Polis Di Raja, menghina penjawat awam dan pelbagai lagi usaha yang sengaja dicetus dan dicipta agar semangat biadap dan kurang ajar dikalangan bangsa pendatang ini terus membara terhadap bangsa pemilik tanah Berdaulat dan Merdeka ini.

Cuba fahami dan hayati…

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Gabungan Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) meminta kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan perlu berhubung kehadiran Pengerusi Rakhine Nationalities Development Party (RNDP), Dr. Aye Maung di negara ini sejak 30 Januari lalu.

Ketua Delegasi MuslimUPRo ke Geneva, Azril Mohd. Amin berkata, pihak berkuasa perlu menyiasat tujuan kedatangan Aye Maung ke negara ini termasuk sama ada beliau boleh memberikan ucapan bermotifkan politik dalam mana-mana acara.

Beliau bimbang sekiranya kedatangan Pengerusi RNDP itu boleh mencetuskan suasana tidak sihat di negara ini.

"Ketika Malaysia menghadapi masalah kebanjiran rakyat etnik Rohingya Islam yang menjadi mangsa kekejaman dan pembunuhan rejim Myanmar, pihak berkuasa tidak sepatutnya mengizinkan Aye Maung menyebarkan fahaman yang boleh mengakibatkan kegelisahan dan ketakutan dalam kalangan sesiapa pun di negara ini.

"Jika tidak ditangani dengan bijak, dikhuatiri akan berlaku perselisihan faham dalam kalangan etnik muslim Rohingya di negara ini yang sedang menderita kesan daripada kekejaman terhadap mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Wilayah Persekutuan membuat laporan polis mendesak pihak berkuasa menyiasat kehadiran Aye Maung ke negara ini yang dikhuatiri mempunyai agenda tertentu yang boleh menimbulkan perselisihan faham antara kaum di negara ini.

Aye Maung dikatakan mempunyai agenda untuk menghadiri satu upacara khas di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini hari ini.

Azril menegaskan, Malaysia selaku sebuah negara berdaulat perlu memastikan penjenayah perang seperti Aye Maung tidak diberikan tempat di negara ini, apatah lagi membawa masuk nilai-nilai zalim dan buruk dari Myanmar yang bercanggah dengan fitrah keagamaan, nilai kemanusiaan dan hak asasi manusia.

"Sekurang-kurangnya Malaysia boleh mengambil tindakan sedemikian ketika etnik muslim Rohingya yang diperakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai etnik minoriti paling ditindas di dunia tidak mendapat pembelaan sewajarnya oleh PBB, ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)," katanya.

Menurut beliau, reputasi Aye Maung sebagai perancang utama pembersihan etnik di Myanmar diketahui umum dan pernah didedahkan oleh beberapa media antarabangsa.

"Antaranya, akhbar Burma Times pada 8 Oktober 2013 menerusi sedutan wawancara Aye Maung dengan Jurnal News bertarikh 14 Jun 2012 yang menyebut negara Rakhine sepatutnya ditubuhkan sebagaimana Israel mula-mula ditubuhkan," katanya.

Selain itu, katanya, sebanyak 12 pemenang Anugerah Keamanan Nobel termasuk Ketua Biskop Desmond Tutu, Shirin Ebadi, Muhammad Yunus, Tawakkol Karman dan Jody Williams telah menyeru penamatan segera keganasan terhadap orang Islam dan minoriti etnik lain di Myanmar.

Bagaimanapun, suruhanjaya itu didakwa bersikap berat sebelah terhadap masyarakat Islam Rohingya oleh gabungan sembilan persatuan etnik Rohingya di United Kingdom, Jepun, Jerman, Australia, Thailand, Denmark, Norway dan Liga Demokrasi Rohingya di Myanmar.

Ingat Bangsa Melayu…semua yang kita kecapi hari ini bukan pipih datang melayang, bukan bulat datang bergolek..!

Ianya tercipta dan terbina dari air mata, darah dan keringat datuk nenek dan ibu bapa yang telah melangsaikan hutangnya kepada kita untuk kita kecapi hari ini..!

Soalnya bagaimana pula kita melangsaikan hutang kepada anak cucu cicit kita semua…!!!

Hubaya..hubaya!!! Bangsa Melayu..! Musuh terlalu dekat kepada mu…!!!

Lu Fikir La Sendiri!!! -