Ini ada satu kemusykilan yang sangat besar!
Adakah alasan, "Mereka adalah kafir, jadi mereka tidak boleh dipersalahkan', telah menjadi satu akidah yang dipegang kukuh sehinggakan apa-apa sahaja penghinaan yang dilakukan oleh DAP ke atas umat Islam, agama Islam dan orang Melayu, akan mendapat pembelaan yang sangat luar biasa. Dan sekiranya golongan tersebut diancam pula oleh umat Islam dan orang Melayu, mereka akan tampil menjadi benteng.
Mereka yang dimaksudkan adalah PAS!
Isu Teresa Kok dan klip video sempena sambutan Tahun Baru Cina muncul bersama-sama satu lagi isu yang jauh lebih penting. Darrel Leiking yang merupakan Ahli Parlimen Penampang telah mencemuh ayat al Quran yang digunakan dalam Khutbah Jumaat. Lim Kit Siang kemudiannya menyambut cemuhan Darrel Leiking dan memberitahu umat Islam bahawa ayat 120 Surah Al-Baqarah yang digunakan dalam khutbah Jumaat pada minggu itu, merupakan ancaman kepada keharmonian di negara ini.
Ayat 120 Surah Al Baqarah bermaksud:
'Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenar." Dan sesungguhnya jikalau kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak akan lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.'
Ayat tersebut merupakan cop mohor Allah Taala kepada umat Islam tentang permusuhan yang diberikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka untuk memesongkan akidah umat Islam dan mengikuti mereka.
Walaupun sudah terlalu banyak teladan yang ditunjukkan, walaupun sudah terlalu banyak petunjuk yang diberikan oleh Allah Taala, nampaknya masih ada orang yang tidak terbuka hati dan hijab kalbunya.
Pada ketika pertikaian tersebut dibuat, yang kedengaran bising hanyalah dari kelompok pro-UMNO sedangkan PAS sendiri, tidak ada seorang pun yang berani bersuara. Sama ada mereka buat-buat pekak atau berpura-pura tidak tahu tentang penghinaan yang dibuat oleh kaum Katholik yang diketuai oleh Lim Kit Siang terhadap ayat-ayat al Quran, namun keadaannya amat berbeza apabila Teresa Kok, seorang lagi pemimpin DAP yang sangat memusuhi agama Islam, dikecam oleh NGO Melayu-Islam kerana keangkuhannya, beberapa orang pemimpin PAS tampil bersama-sama Teresa Kok membuat laporan polis.
Apakah ini sebenarnya bukan satu petunjuk daripada Allah Taala tentang pemimpin-pemimpin PAS yang pandai bercakap tentang Islam tetapi apabila datang pilihan, mereka lebih memilih kaum kafir kerana memikirkan keuntungan politik?
Mana suara mereka pada ketika ayat-ayat al Quran dicemuh dan Allah Taala disindir kononnya tidak faham situasi manusia yang mahu hidup harmoni dengan mengajar penganut-penganut agama Islam agar memusuhi kaum Yahudi dan Nasrani? Kenapa mereka diam dan langsung tidak bertindak tetapi lebih pantas untuk bersama-sama Teresa Kok kerana wanita tidak berkahwin itu diancam penampar dan pelempang berharga RM1200?
Dan yang lebih malang ialah apabila ada pecacai berbangsa Melayu dan beragama Islam dengan bangganya menyatakan, UMNO berjuang secara bersendirian sedangkan Pakatan pula, rakyat berbilang kaum dan agama bersama-sama mereka sepertimana yang terbukti dalam kes Teresa Kok!
Alangkah malangnya akidah mereka ini! -theflyingkick