Thursday, February 6, 2014

KETUANAN CINA KUASAI PR PUNCA PEMIMPIN MELAYU MEMBISU PENGHINAAN TERESA KOK !!


mana orang-orang Melayu di dalam Pakatan Rakyat, terutamanya PKR, yang kononnya anti perkauman apabila Teresa Kok memperlekeh dan mempersendakan orang Melayu dalam video ucapan tahun barunya?
Adakah orang-orang Melayu Pakatan Rakyat memang suka dipijak atau memang merelakan diri mereka diperbodoh-bodohkan oleh bukan Melayu seperti Teresa Kok?
Jika video seperti ini diterbitkan oleh Perkasa, pasti sudah berbondong-bondong penyokong Pakatan Rakyat tak kira Melayu atau bukan turun berdemonstrasi.
Tidak kurang juga yang melaungkan slogan anti perkauman dan melabel Perkasa dan juga Umno sebagai rasis.
Apa jua alasan Kok berbuat demikian sememangnya merendahkan martabat ahli parlimen di mata umum.
Sepatutnya Kok menunjukkan teladan yang baik kepada umum, lebih-lebih lagi sewaktu musim perayaan yang sepatutnya dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat. Ini sebaliknya.
Peluang yang ada bagi meredakan ketegangan yang sedia ada disalahgunakan oleh Kok untuk terus melakukan provokasi yang berbau perkauman.
Kok tidak sepatutnya mengambil pendekatan ‘politik kedai kopi’ bagi meraih publisiti murahan.
Apa lagi bila sesetengah isu yang dibangkitkan dalam video tersebut adalah isu sensitif yang bukan sahaja menyentuh kaum Melayu malah rakyat Malaysia keseluruhannya.
Walau Kok menafikan bahawa video tersebut ditujukan untuk orang Melayu namun umum boleh membaca sari kata yang disertakan bersama video tersebut.
Keengganan Kok memohon maaf secara umum juga memperlihatkan personaliti Kok yang tidak ambil pusing tentang sensitiviti masyarakat di Malaysia.
Terus tertipu
Kenyataan siapa makan cili, dia terasa pedasnya hanya memburukkan lagi situasi kerana dengan yang demikian Kok tanpa sedar mengaku bahawa video tersebut dibuat dengan tujuan memperlekeh pemimpin Melayu serta orang Melayu keseluruhannya.
Apa yang Kok lakukan sebenarnya hanya mencemarkan kredibiliti pemimpin bukan Melayu lain di dalam Pakatan Rakyat.
Malah kenyataan setiausaha DAP Lim Guan Eng bahawa DAP akan berdiri bersama Kok menentang apa yang disifatkan Guan Eng sebagai serangan Umno juga bukti bahawa mereka mengamalkan dua standard yang berbeza dalam soal isu perkauman.
Asal DAP semuanya betul dan jika orang lain maka ianya salah dan rasis.
Adakah ‘Ketuanan Cina’ telah mengambil alih Pakatan Rakyat sehingga semua pemimpin Melayu di dalamnya hanya mampu membisu apabila perkara seperti ini berlaku?
Mungkin juga inilah yang mereka mahukan – PKR dan PAS berada di bawah telunjuk DAP dan hanya berbunyi apabila diarah berbuat demikian.
Mungkin sudah tiba masanya Teresa Kok belajar tatacara yang betul dalam pembawaan diri sebagai seorang wakil rakyat kerana keangkuhan hanya akan memakan dirinya.
Bukan semua orang dapat menerima kebiadaban seperti ini, hanya yang rela dan bodoh sombong sahaja yang akan terus tertipu - sejarahmelayu