Saturday, February 15, 2014

Melayu, Islam dihina di Tanah Melayu!

Sejak 'pengunduran' pemimpin Melayu yang berani dan disegani beberapa tahun lalu, semakin menjadi-jadi pula kalangan bukan Melayu tertentu menghina orang Melayu dan agama Islam.
Mereka lupa taraf kerakyatan yang diterima oleh datuk, nenek dan ibu bapa mereka 56 tahun lalu adalah atas dasar sikap tolak ansur orang Melayu yang tidak dapat ditemui di mana-mana di dunia ini.
Sekarang, bila sudah kaya dan kuasai ekonomi serta pengaruh politik kian bertambah, itupun diberi oleh orang Melayu juga, sikap bukan Melayu semakin berani 'bermain dengan api'.
Orang bukan Melayu bukan sahaja dilihat tidak mahu memahami adat, bahasa dan budaya orang Melayu, tetapi mereka tanpa rasa takut cuba 'menjolok sarang tebuan.' Tidak tahulah bila agaknya 'tebuan' yang cuba mempertahankan sarangnya daripada diceroboh akan bertindak menyerang balik.
Setakat hari ini, kumpulan tebuan belum keluarkan sengat, mereka sekadar 'buat bising' dan acah-acah serang supaya penceroboh rasa gementar.
Itulah yang dibuat oleh orang Melayu yang masih bersabar yang entah peringkat apa darjah kesabarannya. Tapi kalau melampau, si tebuan tidak akan berdiam diri. Apatah lagi, jika sarangnya terus diceroboh dan dibakar semata-mata madunya hendak dibawa lari.
Tawaran ganjaran wang untuk 'menampar' muka Ahli Parlimen berkenaan dan menyembelih ayam di atas gambar beberapa pemimpin DAP dilihat satu amaran keras daripada segelintir orang Melayu yang teramat marah dan geram. Itulah bibit-bibit yang tidak ingin kita lihat, tetapi itulah orang kata 'berani buat, beranilah tanggung'.
Hakikatnya kini, bukan lagi bulan demi bulan, tetapi hari demi hari bukan Melayu semakin berani menghina orang Melayu, agama Islam dan Raja-raja Melayu. Tindakan mereka sekarang bukan sembunyi-sembunyi. Bacalah dalam komen di dalam blog laman sosial.
Kedudukan Melayu dan Islam semakin dicabar. Baru-baru ini guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mengarah guru mualaf membuka tudung jika ingin terus mengajar di sana, kemudian guru lelaki Cina di SJKC melayan dua murid Islam seperti lembu dengan memakaikan loceng pada leher mereka dan menyuruh makan rumput.
Sebelum itu banyak orang Melayu kecewa dengan layanan diberi kepada individu Cina yang mempersenda orang Islam dan Melayu. Langsung tiada tindakan berkesan.
Terbaharu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan tiga pelakon Cina menghina pemimpin negara dan perajurit di Lahad Datu dalam video sempena Tahun Baharu Cina.
Sentimen perkauman yang dahulu cukup dijaga, hari ini ditelanjang, dihina dengan semahu-mahunya tanpa peduli perasaan orang Melayu dan Islam. Mereka lupa agaknya, Tanah Melayu ini majoritinya ialah Melayu. Langsung tiada rasa hormat lagi kepada pribumi negara ini.
Salah orang kita juga terlalu tolak ansur, takut ambil tindakan terhadap orang yang menghina bangsa dan agama. Akhirnya kita pula dilihat seolah-olah mereka tuan tanah dan kita kaum pendatang dan minoriti dalam negara sendiri.
Pemimpin Cina, Sikh dan India dalam DAP sudah tidak takut pada undang-undang sebab mereka tahu ada kelemahan yang mereka boleh terlepas. Apatah lagi akta-akta yang mereka benci dan takuti dahulu sudah dimansuhkan. Sebab itu kepak mereka semakin berkembang.
Tambahan lagi pemimpin Melayu di sebelah sana pula buat pekak bila agama Islam, hak istimewa orang Melayu, Raja-raja Melayu dalam Perlembagaan dipersenda dan dipertikaikan. Malah ada orang Melayu sendiri yang ghairah mahu tukar kerajaan lalu menggalakkan pula kontrak sosial yang menjadi syarat persetujuan untuk bukan Melayu mendapat kerakyatan itu- dilanggar dan diasak semahu-mahunya.
Hari ini kalau orang Melayu ambil tindakan terhadap pencabar kedaulatan Perlembagaan yang di dalamnya ada institusi Melayu dan agama Islam, orang Melayu pula dipersalahkan. Mereka yang mula bermain api itu dengan bangga mendakwa mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Atas nama kebebasan bersuara, pihak yang menghina Melayu dan Islam itu dilihat terus bergerak bebas tanpa rasa takut, malah macam-macam lagi penghinaan dan provokasi dikeluarkan mereka.
Punca utamanya, undang-undang yang ada bagaikan tidak dilaksanakan. Sudah banyak isu penghinaan dan provokasi ke atas Melayu dan Islam berakhir tanpa apa-apa tindakan yang memuaskan hati orang Melayu. Itulah hasil beribu-ribu siri aduan dan demonstrasi di depan Balai Polis.
Undang-undang negara bagaikan tiada kuasa untuk menghukum golongan itu. Maka entah untuk sekian kali ke berapa, mereka akan terus-terusan bermain dengan api. Api itu makin lama makin marak dan membakar sebahagian orang Melayu. Kita bimbang akhirnya Melayu akan terbakar rentung.
Aduh, sampai bila kita harus biarkan bangsa Melayu dan agama Islam dihina dan dicerca di Tanah Melayu ini.- utusan

Friday, February 14, 2014

NGO Melayu bertindak balas keatas provokasi


Lokasi : Kg Pandan, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media PEWARIS dan NGO Melayu

Tarikh : 13/2/2014 @ 1.30 pm

NGO Melayu bertindak balas setelah pelbagai provokasi dilakukan oleh pelampau politik
yang rata-rata terdiri dari Cina Chauvanist yang menyentuh Bahasa Melayu, agama Islam,
Sultan dan Raja-Raja Melayu dan yang terbaru kepimpinan Melayu di negara ini.




INI KALAU PEMIMPIN UMNO DALAM INI GAMBAR, MAU BERSILAT SECARA AUTO PAK LEBAI PAS!!

 bangga melayu seko ni dengan valentine ye!!

 banyak sudah gambar, isu, malah perkara-perkara yang terang-terang menunjukkan betapa dap ini sah dah beli kati parti pas, pas sekarang tidak sikit pun cerita pasal perjuangan Islam, macai dioarang bercerita pasal halal haram, mengalahkan ustaz, lagi hebat dari ulama, tapi realiti pemimpin pas takkan nak komen punya, kalau di buat hal-hal yang bercanggah, pkr yang buat ke, dap ke, zip mulut, garu telo, lepas tu bau.. asin baunya... nyot nyot.. pesen pas sekarang bai..

tetapi kalaulah dari umno, siap, segala dalil akan keluar, pak lebai mereka yang akan menentang kata, cuba tengok umno, terang-terang melakukan hal yang bercanggah dengan Islam, dalam headline harakah, siap canang, "umno mengepalai kekufuran umat Islam" ayat mesti bagi umphh.. supaya macai diaorang baca, ketab gigi, nampak logo umno siap terajang, siap bersilat kalau nampak mana-mana yang ada logo umno ke.. itulah realiti beb, perangai pak lebai pas yang aku sendiri jadi pelik, apakah gila atau sewel mereka ini berpolitik.. salah orang dia nampak, tapi salah rakan-rakan dalam pakatan, dia buat bodo, kadang-kadang terang-terang perbuatan rakan pakatan tu macam tak betul dan sangat memalukan orang Islam, mereka senyap.. mereka diam. bloody demn punya perangai kau pas, kerana kuasa, shit!!

Zairil Khir Johari Merasmikan Love lock @ Penang Hill di Bukit Bendera, Sempena Hari Valentine.

ps: realiti politik taik dari pakatan!! apa ustaz azhar idruz takmau komen? apa nik aziz atau hj hadi takmau komen? cit - headbomb

HANCUR ! KERAJAAN DAP HALALKAN PESTA MUZIK LUCAH !!!

Sebelum ini, PAS Pulau Pinang pernah membodek Lim Guan Eng DAP dengan menganggap Setiausaha Agung DAP itu seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Berduyun-duyunlah segala pujian dan bodekkan oleh kepimpinan PAS. 

Dan inilah hasilnya 'Khalifah Umar Aziz' bodekkan parti PAS. Satu pesta muzik berbikini dihalalkan di negeri Pulau Pinang!
 Jawapan kerajaan DAP Pulau Pinang : 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam dan Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong berkata, pesta muzik berbikini yang dijangka akan berlangsung pada hujung minggu ini boleh dijalankan jika ia berada di dalam premis. 
“Sekiranya premis berkenaan sudahpun berlesen, jadi tidak ada masalah sekiranya mereka ingin adakan aktiviti dalam premis berkenaan, namun jika di luar mungkin ia menjadi kesalahan,” katanya. 
Beliau berkata, bagaimana pun dari segi moral dan perlakuan sepanjang program berkenaan adalah bawah tanggungjawab polis. 
"Tidak kiralah mereka berbikini atau sebagainya, kami tidak boleh mengambil tindakan atas apa perbuatan yang dilakukan melainkan pihak polis sahaja,” katanya. 
Kerajaan DAP Pulau Pinang 'tidak boleh mengambil tindakan' dan pihak polis pula yang dituding ! 

Come on la DAP..... jangan perbodohkan rakyat Pulau Pinang. Satu lagi adegan cuci tangan DAP yang semakin memualkan kita semua!

MiM cuba untuk mencari syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa kepada premis-premis hiburan di Pulau Pinang tetapi tidak ada. Tetapi kita percaya syarat-syaratnya sama dengan negeri-negeri lain di negara ini.

Jika benar, syarat pertunjukan hiburan begitu jelas melarang berpakaian tidak senonoh terutamanya berbikini seperti di bawah :



Dan adegan cuci tangan kerajaan DAP ni sungguh memalukan kerana mereka yang meluluskan pertunjukan di premis pusat hiburan tersebut dan pemantauan adalah tanggungjawab pihak kerajaan DAP Pulau Pinang.

Yang lebih memalukan, PAS Pulau Pinang hanya termampu untuk menegur sahaja walau pun negeri ini di bawah Pakatan Rakyat! Memang sangat memalukan dan menyerlahkan sikap hipokrit parti PAS.

Dan jika kerajaan DAP sendiri menghalalkan pesta muzik berbikini asalkan di dalam premis, maka selepas ini mungkin akan bercambah lagi pusat-pusat hiburan yang berbikini di Pulau Pinang ini! 

Hancur!- novandri

Thursday, February 13, 2014

Hari Kekasih rosakkan Islam

MASYARAKAT Yahudi adalah satu golongan yang dilaknat oleh Allah SWT kerana kesesatannya dan kezalimannya menderhakai Allah dan para rasul serta menzalimi umat Islam sejak dahulu sehinggalah kini.
Sebab itu, kita dilarang menjadikan mereka teman rapat atau rakan khususnya dalam mengurus hal ehwal berkaitan agama.
Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai pemimpin-pemimpin kamu kerana sebahagian mereka menjadi pemimpin kepada sebahagian yang lain. Sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka pemimpinnya, maka sesunggguhnya dia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. (al-Maidah: 51)
Bagaimanapun, dalam dunia tanpa sempadan kini, penjajahan dalam bentuk fizikal melalui kuasa tentera tidak lagi berlaku. Sebaliknya, lebih bahaya adalah penjajahan dari segi minda. Inilah yang dilakukan oleh puak Yahudi. Tidak dinafikan strategi mereka melalui Protokol 5S memang berjaya. Antaranya mempengaruhi muda-mudi Islam menyambut Hari Kekasih pada 14 Februari setiap tahun.
Malangnya, ada muda-mudi Islam yang termakan dengan pujuk rayu syaitan sehingga menjadikan 14 Februari, tarikh yang amat ditunggu-tunggu untuk diraikan bersama pasangan masing-masing.
Walhal, fatwa mengharamkan menyambut Hari Kekasih sudah pun ada. (rujuk Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 dan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang dari 22 hingga 24 November 2005).
Antara sebab utama larangan itu, amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Protokol Yahudi ini kian mempengaruhi hidup generasi muda sehinggakan ramai umat Islam dicengkam oleh pemikiran Yahudiah dan akhirnya umat Islam khususnya generasi muda kita jatuh tersungkur.
Lantaran jiwa yang kosong dengan tarbiah agama, golongan muda ini gagal membezakan yang baik dan buruk walaupun telah ada peringatan Allah tentang kaum Yahudi ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu). (al-Baqarah: 120)
Di antara perkara yang menggempur pemikiran umat Islam adalah pelaksanaan Protokol 5S iaitu screen, smoke, sports, sing & song dan sex.
Jika diperhalusi, empat daripada lima protokol itu kecuali sports terangkum di dalam sambutan Hari Kekasih.
Pertemuan atau dating dengan teman lelaki atau wanita biasanya melibatkan tengok wayang, merokok, mendengar muzik atau hiburan dan ada yang berakhir dengan melakukan zina kononnya untuk membuktikan rasa cinta mereka.
1. Screen atau filem. Melalui filem, Yahudi berjaya melakukan propaganda memburuk-burukkan Islam, menghina Rasulullah, menggalakkan pergaulan bebas muda-mudi, menampilkan fesyen dan budaya songsang, melahirkan fahaman dan akidah sesat dan sebagainya.
2. Smoke atau rokok. Melalui rokok inilah kita dikatakan menyumbangkan kira-kira AS$10 juta (RM32.5 juta) sehari membantu ekonomi Yahudi untuk membunuh umat Islam di Palestin.
3. Sports atau sukan. Pelaksanaan temasya sukan yang ditaja oleh syarikat-syarikat arak dan rokok, pendedahan aurat yang nyata, pergaulan bebas dan terdapat unsur-unsur Majusi iaitu unggun api di dalam pelaksanaannya.
4. Sing & Song atau nyanyian. Melalui nyanyian dan hiburan telah banyak memesongkan akidah umat Islam dengan pemujaan terhadap syaitan dan wanita yang mengakibatkan kelalaian dan lupa kepada Allah dan rasul.
5. Seks. Penerapan budaya songsang di kalangan masyarakat terutamanya belia. Berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga merangsang perlakuan seks yang tidak terkawal. Natijahnya ramai anak zina yang lahir dan ia sangat mengancam generasi Islam pada masa akan datang.
Apa yang lebih menyedihkan akibat daripada merayakan sambutan hari-hari seperti ini, remaja Islam semakin liar dan semakin ramai yang terjebak dengan gejala sosial serta keruntuhan moral.
Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak tahun 2000 hingga 2008 sebanyak 257,411 Sijil Kelahiran didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Ibrahim dilaporkan berkata, seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang 2009. Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya.
Pada 2008, seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Jika 17,303 setahun anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan di Malaysia pada 2009. Ini bermakna 17,303/365 iaitu 47 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap hari di Malaysia pada 2009 bersamaan dua kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap jam di Malaysia pada 2009. Ini juga bermakna 47 kes zina yang menghasilkan kehamilan berlaku setiap hari di kalangan Melayu (Islam) pada 2009.
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh empat tahun sahaja (1999-2003) 30,978 daripada 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan, anak orang Islam.
Senario ini cukup membimbangkan kerana ia telah merosakkan satu daripada lima maqasid syariah iaitu memelihara keturunan.
Islam tidak melarang umatnya berkasih atau bercinta. Cuma Islam meletakkan rasa kasih dan cinta itu di atas ikatan pernikahan agar terpelihara keturunan dan keharmonian bermasyarakat.
Barangkali, ada pasangan bercinta yang mendakwa mereka hanya suka-suka dan bukan berniat meraikan Hari Kekasih apabila bertemu pacar masing-masing pada 14 Februari.
Memanglah, resmi orang bercinta semuanya dipandang indah ditambah pula dengan pujuk rayu syaitan agar mereka terus melanggar perintah Allah lebih-lebih lagi apabila duduk berdua-duaan.
Walhal ijmak ulama memutuskan bahawa keterlibatan seseorang dalam ritual agama lain adalah salah satu unsur fasik dan merosakkan akidah.
Dalam sebuah hadis, Nabi SAW mengingatkan, “Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka". (riwayat Imam Abu Daud)
Pendek kata, umat Islam tidak boleh mencampuradukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain.
Kepada para ibu bapa, marilah sama-sama kita menjaga ahli keluarga kita daripada terjebak dalam perangkap puak Yahudi. Seterusnya menjalankan tanggungjawab menyelamatkan ahli keluarga kita daripada dibakar api neraka kelak - utusan

TAHNIAH MB JOHOR. - 20,000 PENJAWAT AWAM NEGERI DAPAT MANAFAAT.

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengumumkan pelaksanaan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah berkuat kuasa 1 Mac ini.

Sebelum ini, kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak empat peratus. Beliau berkata bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong dari gaji bulanan, baki pinjaman terkini akan disediakan pada April hingga Mei depan.

Bayaran balik mengikut jadual baru skim ini akan dilaksanakan pada Mei atau Jun tahun ini, katanya ketika menyampaikan amanat sulung tahun ini kepada kira-kira 1,500 penjawat awam negeri di Kota Iskandar di sini.

"Kerajaan sentiasa inovatif dalam menangani masalah rakyat dan yang paling penting ialah semua ini disumbang melalui inovasi dasar yang dilakukan penjawat awam," katanya.

Menurut Khaled, antara dasar penting dalam pembentangan Bajet 2014 ialah usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Langkah seperti memperbanyakkan projek rumah mampu milik sememangnya sangat bertepatan. Ini bermakna, kerajaan tidak hanya membiarkan kuasa pasaran menentukan kos rumah," kata menteri besar itu.  

Selain itu, dengan memperbanyakkan kedai rakyat 1Malaysia di seluruh negara juga membolehkan rakyat mendapat barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah.

"Ini akan memberikan rakyat pilihan dan jika dilaksanakan secara berkesan, akan membantu mengurangkan beban rakyat secara relatif," katanya. -melayupasirgudang

Wednesday, February 12, 2014

Hindu Murtad Hina Islam – Ada Di Kajang!

PRK Kajang akan berlangsung tak lama lagi. Para pengikut pakatan dajjal kini memulakan serangan ke atas umat Islam, Melayu dan Sultan di Selangor. Berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan betina ini sebenarnya baru sahaja memeluk agama Kristian dan perasan kononnya dia sudah jadi orang putih dan statusnya telah tinggi berbanding masyarakat India yang sebangsa dengannya.
Dan berdasarkan kepada kenyataan-kenyataannya juga, betina kapir harbi ini merupakan antara barisan muda DAP yang cuba mendapatkan perhatian daripada masyarakat Kajang khususnya. Tidak mustahil sekiranya, paderi yang dimaksudkan, yang terdapat dalam senarai ‘friend’nya merupakan antara sumber penggalak untuk dia merangsang kemarahan masyarakat Melayu-Islam.
h1
Betina ini barangkali tidak tahu bahawa akaun Facebooknya boleh diakses dengan sepenuhnya. Berdasarkan kepada tahap Bahasa Inggerisnya yang sangat lintang pukang, selain Bahasa Melayunya dengan kosa kata terhad kepada anjing, babi, sial, lembu dan tahi, Josephine Mary besar kemungkinan merupakan salah seorang pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil yang terletak di kawasan yang sama.
Antara kata-katanya ialah;
Selagi Islam Melayu Malaysia ini ada negara ini tidak akan maju… melayu bodoh nak hancurkan agama kristian… menteri, sultan semua bodoh makan tahi anjing sial.”
“Saya Josephine Mary dari Kajang Tamah Megah, saya pergi ke Gereja Holy Family Kajang. Paderi kami, George Harrison ajar kami dalam Melayu Allah, kenapa Melayu Islam isukan hal kalimah Allah ini… saya tak puas hati la, memang Melayu Islam Malaysia bodoh makan tahi… sultan menteri semua bodoh melayu sial.”
“Sultan Selangor pun macam anjing sial bodoh dengar cakap orang… allah milik orang kristian, islam melayu malaysia nak rampas konon, melayu anjing sial.”
Buktinya seperti berikut;
h2
h3
Bila otak dipenuhi nafsu seks, maka apa yang keluar dari mulutnya selalunya mencerminkan betapa kotor dan buruknya jiwa dan fikiran seseorang itu. Apakah ini yang sering diajari oleh paderi-paderi kristian di gereja khatolik Holy Family Kajang pada penganut-penganutnya?
Gereja ajar ilmu mencarut, lesbian, seks bebas untuk memberontak…???
Ini buktinya…
h4
Inilah Gereja Khatolik Holy Family di Kajang yang dimaksudkan tempat Josephine Mary mendapat ilmu songsang paderi khatolik yang menghina bangsa Melayu, Islam dan Sultan.
h5
Gereja Holy Family, Kajang – menjadi pusat gerakan anti Islam, Melayu dan Sultan Selangor
h6
Gereja tempat ajar ilmu kristian atau pusat mengajar penganutnya jadi kurang ajar terhadap bangsa Melayu, Agama Islam dan Sultan?
h7
Lokasi ke Taman Megah, Kajang tempat kediaman betina kristian yang menghina Islam, Melayu dan Sultan
Apa lagi mahu ditunggu wahai pejuang-pejuang Melayu-Islam, jangan sekadar buat laporan polis dan SKMM. Sewajibnya kita mencari betina kapir harbi ini hingga dapat dan ajar secukup-cukupnya. Gereja khatolik Holy Family Kajang ini perlu disiasat dan ditutup kerana menjadi pusat ajaran songsang menyemai kebencian kepada umat Islam selama ini.
Demo-demo juga tetapi betina ini harus ditangkap dan dihukum bersama-sama paderi yang menghasutnya. Jika Polis tidak bertindak jangan marah jika ada umat Islam yang ambil tindakan sendiri.
Ini merupakan penderhakaan dan wajar dikenakan tindakan kerana kegiatan subversif. Anwar dan DAP harus bertanggungjawab!!!
Sumber

Isu UEC : Tuntutan Dong Zong berasaskan semangat kiasu, rasis – Syed Ali

TUNTUTAN Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah China (Dong Zong) supaya kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) jelas berasaskan kepada semangat kiasu dan rasis semata-mata, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

“Tuntutan Dong Zong dalam isu UEC dilihat melangkau sempadan pendidikan, ia merupakan agenda penghakisan jati diri, perpaduan antara kaum dan semangat nasionalisma di kalangan rakyat negara ini,” tegasnya.

Beliau berkata, perkara yang dituntut oleh Dong Zong bercanggah dengan dasar pendidikan kebangsaan dan bertentangan dengan Perlembagaan  Persekutuan terutamanya dalam Perkara 152 dan 153.

“Dong Zong dilihat sebagai Ngo pelampau, menolak usaha kerajaan menyatukan rakyat menerusi sistem persekolahan satu bahasa,” tegasnya.

Sebaliknya tambah beliau, tuntutan pertubuhan tersebut banyak berkisar kepada pengasingan antara kaum di sekolah, memperkasakan bahasa ibunda mereka dengan cuba mengetepikan penggunaan bahasa kebangsaan.

"Dong Zong sudah melampau batas apabila menuntut kerajaan memberikan pengecualian kepada pelajar-pelajar lulusan UEC sekolah persendirian China supaya tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Tuntutan tersebut kata beliau, amat tidak masuk akal kerana pra-syarat di negara ini bahawa setiap pelajar diwajibkan lulus dalam mata pelajaran bahasa Malaysia bagi melayakkan mereka mendapat kelulusan SPM.

“Jika kerajaan memenuhi tuntutan tersebut, akan menggalakan lebih ramai lagi masyarakat China menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan China atau vernakular,” katanya.

Malah tegas beliau, jika kerajaan memenuhi desakan Dong Zong bermakna kerajaan sendiri yang akan dipersalahkan kerana mencabuli prinsip dan dasar pendidikan kebangsaan.

Menurut beliau, kewujudan sekolah vernakular dan pengiktirafan UEC akan melebarkan lagi jurang antara kaum dan menyemarakkan sikap perkauman.

Malah tambah Syed Ali, tuntutan Dong Zong hanya akan menyuburkan lagi budaya perkauman di kalangan bukan Melayu dan turut menjejaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) kesal kerana Dong Zong mengemukakan pelbagai tuntutan termasuk isu UEC apabila setiap kali berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Baru-baru ini, Dong Zong sekali lagi membangkitkan isu tuntutan UEC ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) berdepan dengan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN Kajang, pertengahan Mac ini.

Pada PRU ke-13 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan ruang kepada Dong Zong mengadakan pertemuan dengan beliau berhubung beberapa isu yang dibangkitkan sebelum ini.

Menurut Syed Ali lagi, Dong Zong tidak menggambarkan sebagai sebuah NGO yang mahu membina tamadun masyarakat Malaysia sebaliknya cuba merosakkan perpaduan di kalangan rakyat.

“Aspirasi Dong Zong tidak mencerminkan sikap bertanggungjawabnya untuk membantu kerajaan memupuk masyarakat berbilang bangsa yang  harmoni menerusi sistem pendidikan,” tegasnya.

Serentak itu juga, beliau mahu kerajaan mengakaji semula peruntukan bantuan yang disalurkan kepada sekolah jenis kebangasaan.

“Kerajaan disarankan suaya tidak terlalu ingin mengambil hati kerana agenda mereka jelas untuk menyuburkan dasar pendidikan rasis untuk kepentingan satu kaum sahaja,” ujarnya.- umnobahagiancheras

UEC: Tuntutan berisiko Dong Zong

MASYARAKAT Cina cukup maklum Kajang yang akan menyaksikan satu pilihan raya kecil 23 Mac ini adalah kubu kuat Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).
Justeru tidak menghairankan apabila sekali lagi isu supaya diiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu atau Unified Examination Certificate (UEC) dibangkitkan oleh Presiden Dong Zong, Dr. Yap Sin Tian.
Ini terjadi tiga hari lepas semasa majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran pertubuhan itu di Kajang. Sin Tian menyuakan tuntutannya itu. Dan disambut serta-merta pula dengan jaminan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berjanji akan memberi perhatian terhadapnya.
Sebenarnya sudah tiga dekad Dong Zong mendesak supaya kerajaan mengiktiraf UEC sebagai kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Nampaknya pertubuhan ini tetap tidak berganjak.
Kalau diteliti berkenaan UEC, silibusnya dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Menengah Rendah atau Junior Middle (UEC-JML), Vokasional (UEC-V), Menengah Tinggi atau Senior Middle (UEC-SML). Kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin. UEC-SML mengandungi subjek Matematik, semua subjek sains dan semua subjek aliran perdagangan.
Hujah Dong Zong bahawa UEC diiktiraf oleh pusat pengajian tinggi luar negara seperti Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Australia, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak relevan dengan senario di Malaysia. Ia akan mengakibatkan jurang perbezaan kaum melebar.
Apatah lagi, Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) telah menolak Dasar Pendidikan Kebangsaan sejak dahulu lagi. Mereka enggan mengguna pakai dasar dan kurikulum sistem pendidikan kebangsaan. Sebaliknya menggunakan kurikulum yang kebanyakannya dari Taiwan.
Langkah ‘menghalalkan’ sijil UEC sebagai ‘tiket’ masuk ke universiti tempatan dikhuatiri akan mendatangkan impak jangka panjang kepada kita semua.
Pertama, akan meningkatkan lagi jurang pendidikan. Ini mungkin berlaku apabila ibu bapa yang telah yakin dengan pengiktirafan yang diberikan ke atas UEC, sudah tentu berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke SMPC.
Ini tentunya bercanggah dengan semangat gagasan 1Malaysia yang kerajaan gerakkan. Di mana erti perpaduan sebenar jika bersekolah di bawah bumbung yang berbeza?
Kedua, akan muncul persaingan tidak sihat atas padang yang tidak rata. Kita maklum, sekolah Cina memiliki kemudahan jauh lebih baik daripada sekolah kebangsaan (SK).
Ketiga, lepasan SMPC merupakan pelajar yang dilahirkan mengikut acuan Cina dan Taiwan berdasarkan kurikulum yang diajar.
Sistem penilaiannya juga dibuat oleh badan penilaiannya sendiri bukannya oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Ini sekali gus bercanggah dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan pelajar mengikut acuan Malaysia. Untuk melahirkan pelajar yang tinggi jati dirinya, tinggi pekertinya, cintakan negara, bukan hanya tinggi ilmu akademiknya.
Keempat, pada masa ini dasar kemasukan ke IPTA adalah mengikut prinsip meritokrasi. Apa akan terjadi kepada orang lain jika berlaku pertambahan lepasan SMPC dengan sijil UEC sebanyak 20,000 orang setahun ke dalam sistem kemasukan ke IPTA?
Kita bimbang, walaupun sudah diberi hak untuk mengasingkan anak-anak kaum Cina daripada kaum lain melalui sekolah vernakular tetapi Dong Zong masih belum puas hati.
Adakah mereka ingin pergi lebih jauh dalam usaha menjarakkan lagi jurang antara kaum?
Justeru, Dong Zong perlu menghormati ketegasan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Oktober tahun lalu bahawa UEC yang dikeluarkan SMPC masih belum diterima sebagai kelayakan masuk ke IPTA.
Ini kerana, kata beliau yang juga Menteri Pendidikan, sistem pengajaran dan pembelajaran SMPC tidak mengguna pakai dasar dan kurikulum sistem pendidikan kebangsaan.
Walau bagaimanapun, pihak kementerian beliau telah membuka ruang kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memiliki UEC dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan untuk mengikuti pengajian bahasa Mandarin di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
“Kementerian Pendidikan juga tidak bercadang mengadakan peperiksaan lain untuk kemasukan pelajar ke universiti dan masih meneruskan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan program matrikulasi," kata Muhyiddin.
Sistem pendidikan termasuk peperiksaan awam yang dilaksanakan ketika ini seperti SPM dan STPM dilihat sudah cukup baik bagi melahirkan modal insan negara selain memastikan usaha perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dapat diperkukuhkan.
Kita tidak nampak kewajaran untuk satu lagi sistem peperiksaan lain khusus bagi sekolah menengah Cina. Ini lebih-lebih lagi dengan keadaan SJKC yang dikatakan beroperasi dalam `penuh kecinaan’.
Bukan sahaja tuntutan UEC, kita tidak akan lupa bagaimana pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 mendapat tentangan hebat daripada Dong Zong yang sehingga kini masih mempertikaikan usaha murni tersebut dengan dakwaan kononnya akan mengancam kewujudan sekolah aliran serta menghapuskan bahasa Mandarin.
Padahal, setelah dikaji dan diteliti cadangan tersebut, tidak ada sekelumit pun niat memartabatkan bahasa kebangsaan untuk menghakis bahasa-bahasa lain.
Tuntutan Dong Zong tidak baik untuk negara. Ia boleh melahirkan generasi baharu Malaysia yang berpecah-belah, penuh syak wasangka dan benci-membenci sesama sendiri.
Kita bimbang seandainya kerajaan PKR Selangor tunduk dengan kehendak Dong Zong semata-mata untuk memenangi kerusi DUN Kajang. Dikhuatiri pengiktirafan terhadap UEC itu hanya akan mewujudkan kemelut yang berterusan pada masa hadapan.
Demi meraih undi, apa pun boleh jadi! Tuntutan kiasu ini perlu dihentikan segera!- utusan

Semua pihak dapat manfaat cuti Jumaat-Sabtu

KETIKA Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengumumkan hari cuti rehat bagi negeri ini diubah kepada Jumaat-Sabtu berbanding Sabtu-Ahad pada majlis sambutan hari keputeraan baginda pada November tahun lalu, pelbagai reaksi diterima daripada masyarakat.
Bukan sahaja orang Johor yang heboh, malah rakyat negeri lain turut 'menumpang' sama memperkatakannya. Ada yang berpendapat keputusan itu memberi kebaikan, malah tidak kurang juga yang meraguinya.
Namun, selepas lebih sebulan dilaksanakan, nyata niat murni Sultan Ibrahim itu nyata membuahkan hasil. Nyata harapan baginda supaya masjid-masjid di negeri ini dipenuhi umat Islam untuk beribadah pada penghulu segala hari ini boleh dikatakan tercapai.
Nah, tengok sahaja pada setiap solat Jumaat, jemaah masjid melimpah ke luar.
Lebih membanggakan, jemaah khususnya kakitangan awam yang bercuti pada hari tersebut tidak lagi perlu berburu-buru untuk menunaikan solat Jumaat kerana perlu kembali menyambung seperti sebelum ini.
Sepanjang pemerhatian sejak minggu pertama solat Jumaat pada 3 Januari lalu, ramai jemaah yang mula membanjiri masjid seawal pukul 12 tengah hari berbanding pukul 1 petang sebelum ini.
Nyata peralihan cuti hujung minggu membantu umat Islam membuat persiapan awal untuk bersolat jemaah.
Lebih menggembirakan mereka ke masjid bersama anak-anak atau kenalan. Perkara ini secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka solat berjemaah bersama anak-anak di masjid, tidak seperti sebelum ini berjemaah bersama rakan-rakan sekerja sahaja.
Usai bersolat, mereka juga tidak perlu tergesa-gesa untuk pulang ke pejabat seperti sebelum ini kerana terpaksa meneruskan tugasan yang ditinggalkan.
Apabila sudah bercuti, malah ada antara mereka yang mengambil peluang berurusan dengan pihak swasta yang tetap menjalankan operasi pada hari Jumaat, sama ada pada pagi atau selepas menunaikan solat Jumaat.
Senario itu dapat dilihat apabila ramai jemaah yang berurusan di bank-bank kecuali Bank Simpanan Nasional (BSN) yang turut mengambil keputusan bercuti pada Jumaat dan Sabtu seperti agensi kerajaan.
Keadaan itu juga memudahkan urusan masyarakat kerana tidak perlu tergesa-gesa atau 'lari' sekejap daripada tugas untuk menyelesaikan urusan bayaran pinjaman rumah, kereta dan peribadi seperti sebelum ini.
Bagi pekerja swasta, mereka pula boleh berurusan dengan jabatan kerajaan pada Ahad kerana agensi tersebut beroperasi. Jadi, kedua-dua pihak iaitu kakitangan kerajaan dan swasta ada 'hari eksklusif' untuk berurusan dengan pihak yang berkenaan.
Selain itu, apabila Jumaat diumumkan sebagai cuti hujung minggu, nyata jalan raya utama seperti Jalan Tebrau dan Jalan Skudai yang menjadi laluan utama orang ramai pergi balik dari kerja agak lengang daripada biasa. Begitu juga suasana pada Ahad apabila agensi kerajaan yang beroperasi, tidaklah sesak kerana syarikat swasta pula bercuti.
Dalam pada itu, sektor perniagaan khususnya bidang pelancongan dan perhotelan turut menerima tempias daripada cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu kerana hari 'urusniaga' bertambah satu hari lagi iaitu masyarakat tempatan boleh bercuti dan melancong dalam negeri, manakala Sabtu dan Ahad bagi orang luar yang berkunjung ke negeri ini.
Jadi, tidak berlaku 'kesesakan' bilik hotel seperti sebelum ini apabila sering mengalami kekurangan bilik apabila cuti hujung minggu jatuh pada Sabtu dan Ahad.
Nyata cuti pada Jumaat dan Sabtu memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada rakyat Johor, malah pengunjung luar turut mendapat tempiasnya.
Jadi, mulut-mulut yang kurang bersetuju dengan pertukaran hari cuti berkenaan sebelum ini sudah 'terkunci' dan Sultan Ibrahim berpandangan jauh apabila mengumumkan perubahan berkenaan.
Inilah perubahan untuk kebaikan!- utusan

Malaysia terletak dalam kedudukan ketiga negara terbaik dalam menyediakan penjagaan kesihatan.........

Apabila yang demam bertambah demam  

AKU tunggu lebih tiga jam, dengan badan menggigil demam , rasa nak tumbang dan badan semua sakit-sakit, hujung-hujung aku dapat panadol satu papan sahaja dan doktor minta ambil darah pada petang esoknya. Maknanya kena datang baliklah lagi.

‘‘ Sudahlah tunggu lama, klinik itu pula dah jadi macam taman rekreasi, budak-budak bermain, berlari-lari, menjerit-jerit tetapi emak ayah dia buat tak kisah, leka layan handphone. Tambah sakit orang yang tengah sakit," cerita seorang kawan kepada saya setelah dia pergi ke Klinik Kesihatan di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Menurutnya, urusan pendaftaran saja sudah ambil masa 45 minit, walaupun ada angka giliran dengan empat kaunter pendaftaran tetapi yang dibuka cuma dua. Masanya pula ketika itu, belum masuk waktu makan tengah hari, pukul 10 pagi. Kalau tiba waktu makan tengah hari mungkin boleh terima alasan dua lagi pergi makan.
Sebab itu, katanya, dia memang lebih suka pergi ke klinik swasta saja apabila demam atau ada sakit-sakit lain. Bagaimanapun, katanya, bila duit ‘tak berapa nak ada’ terpaksalah juga pergi ke klinik kesihatan.
Sememangnya, cerita-cerita sebegini kita selalu dengar. Menunggu lama untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya mendapat satu atau dua jenis ubat yang sebenarnya boleh saja dibeli di kedai serbaneka seperti 7-Eleven atau lain-lain tanpa membazir masa menunggu lama.
Bagi kebanyakan daripada kita yang bekerja dan syarikat menyediakan kemudahan rawatan dan kesihatan di klinik dan hospital berbayar, kita sebenarnya amat bertuah tidak melalui perkara-perkara sebegini.
Tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai kemudahan itu dan pendapatan mereka pula kecil? Sudah pasti untuk pergi ke klinik swasta, sekurang-kurangnya RM60 diperlukan untuk sesi rawatan termasuk ubat-ubatan untuk demam. Itu belum masuk penyakit-penyakit lain lagi. Mengeluarkan wang sebanyak itu bukanlah mudah bagi mereka.
Kita harus akui bahawa kebanyakan yang mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital atau klinik kesihatan kerajaan ini ialah golongan berpendapatan rendah. Mereka ini, ada yang datang dari jauh dengan menaiki kenderaan sendiri, guna pengangkutan awam atau menumpang kereta saudara-mara. Ada yang datang mengendong anak, siap dengan membawa bekal makanan. Apabila tiba di hospital atau klinik kesihatan pula, mereka perlu menunggu lama dan akhirnya setelah diperiksa, tentunya tidak berbaloi segala kepenatan menunggu itu jika hanya diberi pil paracetamol.
Dalam pada itu, mencari tempat letak kenderaan di kawasan hospital dan klinik kesihatan kerajaan ini memang susah. Selalunya mereka terpaksa meletak kenderaan di kawasan yang jauh dari tempat rawatan. Sudahlah tempat letak kenderaan awam terhad, pantang silap parking sikit , sekejap saja tayar kereta kena clamp.
Inilah antara ‘cabaran-cabaran’ yang pastinya akan menguji tahap kesabaran tetapi terpaksa juga ‘dilayan’ kerana tidak mampu untuk pergi ke klinik swasta.
Pun begitu, sudah tentunya apabila kita memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kerajaan, kita mengharapkan layanan, rawatan dan ubat-ubatan yang diberi adalah yang terbaik. Sebabnya, apa pun yang datangnya daripada kerajaan selalunya adalah yang terbaik. Maknanya dari segi perubatan ini, hospital kerajaan sepatutnya lebih baik dan perkhidmatannya mendahului hospital dan klinik swasta.
Memang tidak dinafikan Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan bahawa klinik dan hospital kerajaan ini sentiasa cekap, masa menunggu pun sudah dipendekkan, kakitangannya pun diminta sentiasa mesra pelanggan.
Justeru perkara ini perlulah sentiasa diperingatkan dan dipantau. Memang bukan semua hospital dan klinik kerajaan yang lembab. Di Jabatan Pesakit Luar, Hospital Kuala Lumpur (HKL), kita boleh lihat stafnya bergerak cepat, sudah banyak perubahan, tidak seperti dahulu. Di sana, pesakit boleh berjumpa doktor, periksa darah dan keputusannya boleh dapat dalam masa tidak sampai satu jam. Tidak perlulah datang semula ke hospital hanya untuk diambil darah.
Dalam pada itu, di HKL juga disediakan perkhidmatan bas perantara untuk orang awam ke jabatan-jabatan dalam hospital berkenaan. Ini menunjukkan mutu perkhidmatan di hospital berkenaan sentiasa cuba ditingkatkan.
Tinggal lagi sekarang ini yang perlu dipastikan adalah kecekapan yang sudah tentunya melibatkan sikap kakitangannya. Jika doktor, kita boleh faham bilangannya tidak ramai yang kena mengendalikan ramai pesakit, tetapi takkanlah kelewatan di bahagian pendaftaran pun mahu beri alasan doktor tak cukup.
Dan apabila Malaysia terletak dalam kedudukan ketiga negara terbaik dalam menyediakan penjagaan kesihatan serta paling berpatutan di dunia selepas Perancis dan Uruguay, sepatutnya kenyataan yang amat membanggakan ini selari dengan apa yang dilalui oleh rakyat negara ini dalam mendapatkan perkhidmatan di hospital awam.
Kedudukan itu, menurut kajian laman web pelancongan antarabangsa, International Living, memandangkan negara ini merupakan antara destinasi perubatan pelancongan yang terbaik dan termurah di dunia. Kepakaran perubatan di Malaysia adalah setara atau lebih baik daripada kebanyakan negara Barat.
Kajian itu memberitahu, kos penjagaan kesihatan di negara ini begitu rendah sehingga pesakit boleh membayar daripada poket sendiri untuk banyak prosedur standard.
Hasil kajian ini tentulah menggembirakan kita. Tetapi adakah ia benar-benar memudahkan rakyat di negara ini terutamanya golongan berpendapatan rendah? Saya kira jika semua rintangan itu dapat diatasi, itu lebih baik.- utusan

Monday, February 10, 2014

Kenapa Melayu terhegeh-hegeh?

RIDHUAN TEE ABDULLAH

MENGIKUT sejarah, asal-usul nama Kajang, bermula dengan kisah dua sahabat, Orang Asli dan Melayu yang tinggal di kawasan bernama Reko. Suatu hari, dua sahabat ini menaiki sampan melalui Sungai Langat untuk pulang ke rumah.

Tiba-tiba hujan lebat, lalu mereka pun berhenti berteduh. Sahabat Melayu mengajak rakannya untuk berkajang di situ. Pada orang Melayu, berkajang bermaksud berteduh.

Tetapi pada fahaman Orang Asli, berkajang bermaksud bertikam. Akibat salah faham ini, Orang Asli telah menikam rakan Melayunya itu. Tragedi ini telah menyebabkan Kajang diberikan nama sedemikian rupa.

Benar atau tidak, kisah asal-usul Kajang ini seolah-olah refleksi kepada PRK Dun Kajang yang ditetapkan pada 23 Mac depan.

Walaupun pertandingannya antara dua bangsa ultra kiasu yang berbeza, tetapi yang menjadi mangsa tikamannya adalah orang Melayu. Melayu juga yang rugi. Siapa untung? Fikirlah sendiri.

Musuh blog saya memberi komen betapa baiknya orang Cina ultra kiasu memberi laluan kepada Melayu untuk bertanding dalam PRK Dun Kajang. Perlepasan Dun Kajang adalah bukti Cina ultra kiasu bukan mahukan kuasa, tetapi mahukan keadilan.

Benarkah? Pada saya, perlepasan Dun Kajang adalah strategi ultra kiasu, melihat drama Melayu ‘berbunuhan’ sesama sendiri. Manakala mereka bertepuk tangan.  Sebab itu, mereka sanggup lepaskan kuasa.

Musuh saya boleh menipu orang lain, tetapi bukan saya. Saya tidak akan tertipu dengan silap mata ini. PRK Dun Kajang adalah permainan politik. Bukan soal Cina mahu kuasa atau tidak. Ini soal strategi untuk berkuasa dan mendapat lebih kuasa.

Kesempatan ketika orang Melayu sedang bermusuhan sesama sendiri dihangatkan lagi. Malangnya, orang Melayu ultra kiasu melihat percaturan ini merupakan salah satu strategi untuk menguasai Putrajaya. Apakah mungkin ini berlaku?

Ramai tertanya-tanya, kenapa Dun Kajang yang dipilih bukan Dun majoriti Melayu. Untuk makluman semua, Dun Kajang adalah Dun majoriti Melayu, mewakili 48 peratus. Dun inilah paling strategik untuk membuktikan ultra kiasu Melayu mendapat sokongan Melayu. Sokongan Cina sudah tentulah tidak berbelah bahagi.

Jika Cina ultra kiasu benar-benar ikhlas, tawarkan Dun majoriti Cina yang dimenangi oleh ultra kiasu. Misalnya, Sekinchan, Teratai, Balakong, Seri Kembangan, Kinrara, Subang Jaya, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Damansara Utama, Bukit Lanjan, Pandamaran, dan Sungai Pinang.

Saya tidak nampak ultra kiasu akan melepas kerusi Dun (kuasa) kepada orang Melayu dan memaksa pengundinya mengundi Melayu. Lazimnya, politik di Malaysia ini, Melayu sanggup korbankan kerusinya untuk memberi laluan kepada Cina.

Kenapa sukar sangat untuk Cina berkorban kepada Melayu. Apakah benar Cina ultra kiasu tidak mahu kuasa? Siapa yang lebih bertoleransi?

Saudara pembaca perasan atau tidak, lazimnya apabila tiba musim perayaan setiap kaum di negara kita, pemimpin-pemimpin Melayu akan berpakaian tradisi bangsa yang menyambut perayaan tersebut.

Misalnya, ketika Deepavali atau Thaipusam atau Tahun Baru Cina, pemimpin Melayu akan memakai India (kurta) dan pakaian tradisi Cina. Semua ini dilakukan sebagai tanda toleransi dan mahu mengambil hati.

Tetapi teramat jarang kita lihat atau tidak pernah langsung, pemimpin bukan Melayu memakai baju Melayu ketika sambutan Hari Raya Puasa. Kenapa ya? Nampak isu ini kecil, tetapi ia penting dalam pembinaan negara bangsa.

Kita selalu mencanangkan, Malaysia adalah model terbaik dunia dalam kehidupan bermasyarakat majmuk. Kita tidak mempraktikkan asimilasi, tetapi lebih kepada integrasi dan akomodasi. Apakah itu benar? Sedangkan asimilasi adalah pendekatan terbaik untuk berintegrasi dan berakomodasi?

Sebenarnya integrasi dan akomodasi pun kita gagal. Begitu juga dengan akulturasi yakni peminjaman budaya orang lain. Pernah orang Cina meminjam budaya Melayu seperti memakai baju Melayu. Saya tidak nafikan ada, tetapi terlampau sedikit. Berbanding pemimpin Melayu yang kerap melakukannya.

Saya mengharapkan selepas ini pemimpin Melayu tidak perlulah terhegeh-hegeh memakai pakaian tradisi orang lain. Popularkanlah pakaian tradisi sendiri, walaupun berada dalam majlis keraian orang lain atau bangsa lain.

Melayu perlu ada jati diri, tidak perlu menjadi orang lain bagi menunjukkan mereka lebih bertoleransi. Cukuplah sekadar menghadiri majlis-majlis mereka.

Sunday, February 9, 2014

Jihad Fisabillah Di Lancarkan,Unit Amal PAS Akan Pertahankan Teresa Kok Dan DAP- Mat Sabu

Kebelakangan ini DAP dilihat berseorangan buat kerja dalam menghentam Islam dan bangsa melayu. Agak menghairankan mana pergi balaci balacinya yang lain kerana kerja salak menyalak tidak kedengaran seminggu dua ini.
Apabila video serangan Teresa Kok sempena Tahun Baru Cina,ramai melayu diluar sana yang marah marah,melayu melayu ini dikategorikan tidak bertuan dan tidak menjadi hamba kepada DAP. Maka kemarahan itu diterjemahkan kepada laporan polis,sembelih ayam hinggalah kepada tawaran menampar muka Teresa Kok.
Pisau agak risau dengan keselamatan Teresa Kok yang dilihat berseorangan didalam isu ini,walau pun ada 2-3 kerat pemimpin ultrakiasu rasis chauvanis DAP pertahankan beliau namun tidak mampu untuk memadam kemarahan majoriti melayu diluar sana yang dihina.
Syukur alhamdulilah,PAS sudah bangkit dari tidor. Hibrid DAP ini melalui Mat Sabu adik kesayangan Lim Guan Eng sudah mengerahkan a****g a****g suruhan unit Anal PAS turun mempertahankan Teresa.

1606908_773104599369014_342039168_n
Setiausaha Agung parti Dap Lim Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada Pas kerana memberi kerjasama yang padu terhadap keselamatan ahli parlimen Seputeh Teresa Kok.
Sebelum itu Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang juga ahli lembaga pengarah Lembaga air Pulau Pinang mengerahkan unit amal Pas diseluruh negara memberi kawalan keselamatan sepenuhnya kepada Teresa Kok kerana dikhuatiri akan ditampar oleh pihak yang ingin mendapatkan wang RM1200.00
Sehubungan dengan itu semua ahli unit amal pas dalam keadaan berjaga-jaga demi untuk menjaga harta yang tidak bernilai bagi orang Melayu iaitu Teresa Kok.
Selepas ini kita tak perlu berasa risau sangat mengenai keselamatan Teresa kerana a****g a****g ini bersedia 24jam sehari 7 hari seminggu untuk mempertahankan Teresa dalam apa jua keadaan.
Menurut sumber PAS,mempertahankan Teresa adalah salah satu jihad seperti melawan yahudi. Jika terkorban mereka mereka ini dijanjikan syurga PAS.
Pisau kata ” Lagi naik tocang betina nih”pisau

Dialog provokasi Teresa Kok


Tiga pelakon klip video Onederful Malaysia CNY 2014 yang membawa watak Abang Wai, Puan Jit dan Master Yan Yan dengan Teresa Kok (gambar kecil) berlakon sebagai pengerusi forum.



DIALOG berikut ialah sedutan daripada klip video ONEderful Malaysia! CNY 2014 yang memuatkan sindiran dan fitnah kepada kerajaan.
TERESA KOK: Tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke program tilik nasib Tahun Baru Cina istimewa kami, ONEderful Malaysia!
Biar saya beritahu anda, tahun Kuda pada tahun ini adalah benar-benar hebat. Selain daripada Bintang Tuah yang biasa, Bintang Malang dan Bintang Bergaduh, terdapat juga Bintang Kenaikan Harga Perumahan, Bintang Kenaikan Harga Petrol, Bintang Kenaikan Harga Utiliti dan dua bintang sangat luar biasa iaitu Bintang Harga Betul-betul Naik dan juga Kesemua Harga Barang Naik. Kesemua bintang ini bersama-sama membentuk satu Tahun Kuda yang amat jarang berlaku dan besar.
Hari ini, kami amat berbesar hati untuk menjemput tiga tetamu berprestij untuk menyertai kami dan berkongsi dengan kami nasib Tahun Kuda yang amat besar. Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan orang yang suka mengikut belakang orang yang memberi manfaat kepadanya dan juga suka menangis, Pakcik Wai.
Oops maaf, sepatutnya Abang Wai .
ABANG WAI: Panggil saya abang Wai.
TERESA: Seterusnya Puan Jit, pakar dalam batu-batu dan permata, fesyen dan perkiraan feng shui. Dan akhir sekali, Master Yan Yan, yang merupakan pakar dalam perhubungan, feng shui untuk susunan isi rumah dan pelancongan.
Setiap warganegara mengadu bahawa “wang untuk berbelanja tidak mencukupi". Ketiga-tiga daripada anda mempunyai sebarang komen?
MASTER YAN YAN: Anda semua perlu untuk sedar dan dengar! Mengapa mata wang Ringgit Malaysia merosot. Ma Bai, Ma Bai... Ertinya nasib juga hilang!
PUAN JIT: Kita perlu memanggilnya Ringgit Ringgit, bunyi Ring, Ring, Ring, Ring, Ring, (cincin) saya cinta cincin. Sebenarnya, negara kita sangat bagus. Namun, tidak mudah menyara keluarga sekarang. Oleh itu, isteri perlu bijak dalam menyimpan. Contohnya, jika suami anda memberikan anda RM100 untuk membeli barangan runcit di pasar, anda perlu hanya menghabiskan RM30, maka anda boleh menyimpan RM70 dan simpankan ia di dalam poket anda. Akhirnya, “Jimat, Jimat" yang berterusan, lama-lama akan menjadi gunung!
Kreatif sedikit, menjadi BERLIAN!
Menurut Feng Shui, jika anda memakai banyak berlian ia akan meningkatkan kekayaan anda. Semakin besar saiz karat semakin baik nasib anda.
TERESA: Apakah nasihat anda bagi mereka yang ingin melancong tahun ini?
MASTER YAN YAN: Dengar sini. Tahun Melawat Malaysia, ke mana kita harus pergi? Sudah tentu melancong ke Malaysia! Adakah anda tahu? Baru-baru ini Malaysia telah ‘dianugerahkan’ nombor keenam negara yang paling berbahaya di dunia dan merupakan satu-satunya negara dari Asia.
ABANG WAI: Bagus untuk menuju ke utara atau selatan tahun ini. Jadi, jika anda ingin melakukan perjalanan sila tunduk kepada lanun Selatan dan Utara (lebuh raya). Tinggalkan wang anda kepada mereka, mereka akan memastikan keselamatan anda sepanjang perjalanan ke destinasi anda.
MASTER YAN YAN: Ataupun anda boleh melakukan perjalanan ke Melaka dan melawat Jalan Jonker, tetapi perlu cepat. Kerana ia akan hilang tidak lama lagi. Jika tidak, anda boleh melakukan perjalanan ke Sabah untuk melihat lanun, siap dengan bonus pertunjukan penculikan dan adegan tembak menembak. Persembahan secara langsung, pastinya sangat menarik.
Ataupun, mari kita pergi lebih jauh ke Johor untuk melihat lukisan mural “Berhati-hati! Perompak ada berdekatan". Pemandangan yang sangat cantik.
Sudah hilang, Sudah hilang. Tengok! Itulah sebabnya anda perlu pergi lebih awal! Sedihnya sekarang sudah hilang!
TERESA: Hidup di Malaysia sangat tidak selamat pada masa ini. Saya percaya penonton ingin tahu apa yang boleh dilakukan untuk memastikan keselamatan mereka?
ABANG WAI: Ini bukan tahun yang baik untuk melangkah keluar dari rumah anda. Oleh itu jangan keluar jika tidak perlu. Jika anda benar-benar perlu keluar pastikan tidak memakai pakaian terlalu ‘Bersih’. Bagaimana pula dengan warna? Pakai lebih banyak baju berwarna merah, elakkan memakai baju dan seluar berwarna kuning. Kuning mungkin menyebabkan anda dibawa ke mahkamah. Jika lebih serius, ia akan menyebabkan kemudaratan dan kecederaan kepada badan.
MASTER YAN YAN: Ia merupakan satu tahun yang amat bertuah untuk anda semua! Bagi ahli perniagaan, saya akan memperkenalkan kepada anda semua maskot keamanan iaitu gril besi!
Biar saya beritahu anda, dengan gril besi ini anda akan bebas daripada gangguan seperti ah long, samseng dan perompak. Langsung tiada masalah! Tiada masalah.
PUAN JIT: Puan-puan, anda perlu membeli beg berjenama. Semakin berjenama, mahal, dan lebih besar beg itu lebih baik. Anda kemudiannya boleh menggunakan beg sebagai perisai diri daripada tetakan parang.
Oh, jangan bimbang! Beg anda dibuat daripada kulit asli. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda. Itulah sebabnya saya suka membeli beg tangan berjenama mahal untuk mempertahankan diri dan keselamatan.
ABANG WAI: Maaf, saya telah salah faham dengan kamu.
PUAN JIT: Tidak apa.
TERESA: Bagaimana pula anak-anak kita yang masih bersekolah? Apa-apa tip untuk mereka?
ABANG WAI: Bintang Pengajian bagi tahun ini baik untuk mereka yang bersekolah. Anda tidak perlu kisah dengan pendidikan Cina atau Tamil. Satu Malaysia, Satu Bahasa!
TERESA: Saya mendengar taraf pendidikan tinggi kita jatuh mendadak berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.
MASTER YAN YAN: Biar saya beritahu anda. Taraf kolej dan universiti-universiti kita adalah hebat terutama Universiti Malaya. Setiap pelajar tinggi dan mempunyai fizikal yang kuat. Selain itu, semua orang mempunyai nama yang boleh anda panggil kuat dan gempal! Tambahan, universiti kita berada di tempat ke-167 di dunia.
Apa maksudnya? Malaysia Boleh!
SOALAN PENONTON: Apa-apa tip untuk pengajaran kepada anak-anak yang nakal?
PUAN JIT: Baiklah, biar saya menjawab soalan ini. Anak-anak kecil yang nakal pada satu masa mahu anda untuk keluar dan turun, anda tidak perlu bimbang kerana ia hanya berlaku sekali dalam lima tahun.
Apabila mereka nakal, hanya berikan mereka beberapa gula-gula untuk memanjakan mereka. Mereka kemudian akan taat dan diam.
Tetapi jika anda masih tidak dapat menutup mulut mereka, maka ia sebenarnya lebih mudah jika kita pergi ke Daerah Gangnam dan mencari Puan Gangnam menari untuk kita. Kemudian semuanya akan diselesaikan.
TERESA: Untuk majikan dan pekerja, adakah anda mempunyai apa-apa nasihat yang baik dari segi pengurusan dan pelaburan kewangan?
MASTER YAN YAN: Ini adalah soalan yang baik, anda semua perlu dengar! Bagi mereka yang ingin melabur dalam hartanah, jangan hanya melihat hartanah tempatan. Berdasarkan pengiraan saya, Bintang Harta muncul di arah Barat Laut. Anda boleh mempertimbangkan hartanah di New York, Manhattan. Rumah di sana mempunyai fengs hui yang sangat baik dan sangat murah juga. Tujuh bilik apartmen hanya berharga RM100 juta. Murah sangat, kan.
PUAN JIT: Saya telah membeli beberapa untuk anak saya juga. Pilihan yang baik!
SOALAN PENONTON: Tahun Kuda tahun ini, jika saya ingin memulakan perniagaan tetapi hanya mempunyai modal yang terhad, apa yang boleh saya lakukan?
PUAN JIT: Anda tidak mempunyai wang dan masih mahu memulakan perniagaan? “Jual Cina!"
TERESA: “Jual Cina"? Bagaimana untuk menjual?
ABANG WAI: Jika anda ingin “Jual Cina", perlu menyertai pertubuhan itu, bayaran masuk adalah RM25 sahaja. Selepas itu anda boleh menjadi “pengkhianat".
MASTER YAN YAN: Selepas menjadi “pengkhianat", anda pasti akan naik sangat cepat dalam kedua-dua kedudukan dan kekayaan serta tidak perlu bekerja keras juga.
PUAN JIT: Pelaburan modal yang sangat kecil, tiada risiko, dan dengan ganjaran yang tinggi. Apa lagi yang lebih baik daripada “Menjual Cina"?
TERESA: Kita sudah berada di akhir rancangan. Saya ingin mengucapkan terima kasih semua tetamu kami kerana meluangkan masa anda untuk menghadiri rancangan kita hari ini.
PUAN JIT: Apa-apalah!
TERESA: Pada tahun baharu ini, saya, Teresa Kok, akan bekerja lebih keras dan meletakkan lebih banyak usaha untuk menjadi suara rakyat dan terus berkhidmat kepada rakyat! Saya bersedia untuk melawan semua ketidakadilan, rasuah dan ketetapan demokrasi!
PUAN JIT: Saya, Puan Jit dalam Tahun Kuda ini ingin anda semua mendapat banyak wang.
MASTER YAN YAN: Saya berharap semua pekerja mendapat kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan mendapatkan lebih banyak kekayaan!
ABANG WAI: Saya berharap orang yang sedang jatuh cinta berkahwin tidak lama lagi dan mempunyai penghujung yang bahagia!
SEMUA: Kami berharap anda semua mempunyai " ONEderful " Tahun Baharu Kuda!- utusan