MASYARAKAT Yahudi adalah satu golongan yang dilaknat oleh Allah SWT
kerana kesesatannya dan kezalimannya menderhakai Allah dan para rasul
serta menzalimi umat Islam sejak dahulu sehinggalah kini.
Sebab itu, kita dilarang menjadikan mereka teman rapat atau rakan khususnya dalam mengurus hal ehwal berkaitan agama.
Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang
yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani itu
sebagai pemimpin-pemimpin kamu kerana sebahagian mereka menjadi pemimpin
kepada sebahagian yang lain. Sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka
pemimpinnya, maka sesunggguhnya dia adalah daripada golongan mereka
itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang
zalim. (al-Maidah: 51)
Bagaimanapun, dalam dunia tanpa sempadan kini, penjajahan dalam
bentuk fizikal melalui kuasa tentera tidak lagi berlaku. Sebaliknya,
lebih bahaya adalah penjajahan dari segi minda. Inilah yang dilakukan
oleh puak Yahudi. Tidak dinafikan strategi mereka melalui Protokol 5S
memang berjaya. Antaranya mempengaruhi muda-mudi Islam menyambut Hari
Kekasih pada 14 Februari setiap tahun.
Malangnya, ada muda-mudi Islam yang termakan dengan pujuk rayu
syaitan sehingga menjadikan 14 Februari, tarikh yang amat
ditunggu-tunggu untuk diraikan bersama pasangan masing-masing.
Walhal, fatwa mengharamkan menyambut Hari Kekasih sudah pun ada.
(rujuk Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor melalui Mesyuarat
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 dan
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia kali ke-71 yang bersidang dari 22 hingga 24 November 2005).
Antara sebab utama larangan itu, amalan merayakan Valentines Day
tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai
unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan
maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Protokol Yahudi ini kian mempengaruhi hidup generasi muda sehinggakan
ramai umat Islam dicengkam oleh pemikiran Yahudiah dan akhirnya umat
Islam khususnya generasi muda kita jatuh tersungkur.
Lantaran jiwa yang kosong dengan tarbiah agama, golongan muda ini
gagal membezakan yang baik dan buruk walaupun telah ada peringatan Allah
tentang kaum Yahudi ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasrani tidak
sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (Wahai Muhammad)
sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong
itu). (al-Baqarah: 120)
Di antara perkara yang menggempur pemikiran umat Islam adalah
pelaksanaan Protokol 5S iaitu screen, smoke, sports, sing & song dan
sex.
Jika diperhalusi, empat daripada lima protokol itu kecuali sports terangkum di dalam sambutan Hari Kekasih.
Pertemuan atau dating dengan teman lelaki atau wanita biasanya
melibatkan tengok wayang, merokok, mendengar muzik atau hiburan dan ada
yang berakhir dengan melakukan zina kononnya untuk membuktikan rasa
cinta mereka.
1. Screen atau filem. Melalui filem, Yahudi berjaya melakukan
propaganda memburuk-burukkan Islam, menghina Rasulullah, menggalakkan
pergaulan bebas muda-mudi, menampilkan fesyen dan budaya songsang,
melahirkan fahaman dan akidah sesat dan sebagainya.
2. Smoke atau rokok. Melalui rokok inilah kita dikatakan
menyumbangkan kira-kira AS$10 juta (RM32.5 juta) sehari membantu ekonomi
Yahudi untuk membunuh umat Islam di Palestin.
3. Sports atau sukan. Pelaksanaan temasya sukan yang ditaja oleh
syarikat-syarikat arak dan rokok, pendedahan aurat yang nyata, pergaulan
bebas dan terdapat unsur-unsur Majusi iaitu unggun api di dalam
pelaksanaannya.
4. Sing & Song atau nyanyian. Melalui nyanyian dan hiburan telah
banyak memesongkan akidah umat Islam dengan pemujaan terhadap syaitan
dan wanita yang mengakibatkan kelalaian dan lupa kepada Allah dan rasul.
5. Seks. Penerapan budaya songsang di kalangan masyarakat terutamanya
belia. Berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga
merangsang perlakuan seks yang tidak terkawal. Natijahnya ramai anak
zina yang lahir dan ia sangat mengancam generasi Islam pada masa akan
datang.
Apa yang lebih menyedihkan akibat daripada merayakan sambutan
hari-hari seperti ini, remaja Islam semakin liar dan semakin ramai yang
terjebak dengan gejala sosial serta keruntuhan moral.
Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak tahun 2000
hingga 2008 sebanyak 257,411 Sijil Kelahiran didaftarkan tanpa
dicatatkan nama bapa.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Ibrahim dilaporkan berkata, seramai
17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di
seluruh negara sepanjang 2009. Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding
tahun sebelumnya.
Pada 2008, seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Jika 17,303 setahun anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan di
Malaysia pada 2009. Ini bermakna 17,303/365 iaitu 47 kelahiran anak luar
nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap hari di Malaysia pada 2009
bersamaan dua kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap
jam di Malaysia pada 2009. Ini juga bermakna 47 kes zina yang
menghasilkan kehamilan berlaku setiap hari di kalangan Melayu (Islam)
pada 2009.
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran
kelahiran anak luar nikah dalam tempoh empat tahun sahaja (1999-2003)
30,978 daripada 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan,
anak orang Islam.
Senario ini cukup membimbangkan kerana ia telah merosakkan satu daripada lima maqasid syariah iaitu memelihara keturunan.
Islam tidak melarang umatnya berkasih atau bercinta. Cuma Islam
meletakkan rasa kasih dan cinta itu di atas ikatan pernikahan agar
terpelihara keturunan dan keharmonian bermasyarakat.
Barangkali, ada pasangan bercinta yang mendakwa mereka hanya
suka-suka dan bukan berniat meraikan Hari Kekasih apabila bertemu pacar
masing-masing pada 14 Februari.
Memanglah, resmi orang bercinta semuanya dipandang indah ditambah
pula dengan pujuk rayu syaitan agar mereka terus melanggar perintah
Allah lebih-lebih lagi apabila duduk berdua-duaan.
Walhal ijmak ulama memutuskan bahawa keterlibatan seseorang dalam
ritual agama lain adalah salah satu unsur fasik dan merosakkan akidah.
Dalam sebuah hadis, Nabi SAW mengingatkan, Barang siapa menyerupai
satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka". (riwayat Imam Abu Daud)
Pendek kata, umat Islam tidak boleh mencampuradukkan akidah dan
peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain.
Kepada para ibu bapa, marilah sama-sama kita menjaga ahli keluarga
kita daripada terjebak dalam perangkap puak Yahudi. Seterusnya
menjalankan tanggungjawab menyelamatkan ahli keluarga kita daripada
dibakar api neraka kelak - utusan