JOHOR
BAHRU - Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini
mengumumkan pelaksanaan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan
Awam Johor Tanpa Faedah berkuat kuasa 1 Mac ini.
Sebelum
ini, kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak empat peratus. Beliau
berkata bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong dari gaji
bulanan, baki pinjaman terkini akan disediakan pada April hingga Mei
depan.
Bayaran
balik mengikut jadual baru skim ini akan dilaksanakan pada Mei atau Jun
tahun ini, katanya ketika menyampaikan amanat sulung tahun ini kepada
kira-kira 1,500 penjawat awam negeri di Kota Iskandar di sini.
"Kerajaan
sentiasa inovatif dalam menangani masalah rakyat dan yang paling
penting ialah semua ini disumbang melalui inovasi dasar yang dilakukan
penjawat awam," katanya.
Menurut
Khaled, antara dasar penting dalam pembentangan Bajet 2014 ialah usaha
kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
"Langkah
seperti memperbanyakkan projek rumah mampu milik sememangnya sangat
bertepatan. Ini bermakna, kerajaan tidak hanya membiarkan kuasa pasaran
menentukan kos rumah," kata menteri besar itu.
Selain
itu, dengan memperbanyakkan kedai rakyat 1Malaysia di seluruh negara
juga membolehkan rakyat mendapat barangan keperluan harian pada harga
yang lebih rendah.
"Ini
akan memberikan rakyat pilihan dan jika dilaksanakan secara berkesan,
akan membantu mengurangkan beban rakyat secara relatif," katanya. -melayupasirgudang