Tuesday, April 8, 2014

TAUBAT FOOTAR-FOOSING?


Kata dulang paku serpih, ngata orang...kena tegor tak boleh?*
Salam 2 all.

Rupanya ramai kalangan parasit dan Anwarinas yang kepanasan dengan kupasan saya berkaitan permohonan maaf Datuk Nik Aziz bertarik Khamis 03 Jamadil Akhir 1435 bersamaan 03 April 2014 bertajuk 'Taubat Datuk Nik Aziz'.

Kebanyakkannya membuat komen sepatutnya kita menerima dengan hati terbuka dan bersangka baik dengan permohonan maaf Datuk Nik Aziz.

Malahan Datuk Nik Aziz sendiri melahirkan rasa kecewa kerana ramai yang menyalah-tafsirkan permohonan maafnya.

Menurut lapuran akhbar Sinar bertarikh 05 April 2014, iaitu sehari selepas komen teman itu, Datuk Nik dlapurkan sebagai berkata bahawa 'masyarakat sepatutnya tidak membuat sebarang tanggapan negatif dan andaian tanpa usul periksa sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai permohonan maaf beliau'.

Saya cuma nak tanya satu soalan sahaja; mengapa patwa seperti itu tidak keluar daripada mulut mereka semasa YAB PM membuat permohonan maaf secara terbuka semasa mengambil alih Kerajaan atas sebarang kesalahan atau kesilapan yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO/BN sebelum daripada itu.

Kalau dilihat, permohonan maaf Dato' Sri Najib dan Datuk Nik Aziz sama; memohon maaf atas kesalahan dan kesilapan semasa menjadi Kerajaan. Cuma bezanya Dato' Sri Najib membuat kenyataan maaf itu secara terbuka semasa dia masih berkuasa sebagai Perdana Menteri, Datuk Nik Aziz membuatnya didalam surau setelah bukan lagi menjadi Menteri Besar dan setelah ditimpa penyakit.

Tapi kita lihat respon pimpinan PAS seperti dalam lapuran disiarkan diatas.

Contohnya Idris Ahmad, masa itu Ketua Penerangan PAS (kini AJK PAS Pusat) memperlekeh permohonan maaf PM dengan menyatakan 'taktik meminta maaf adalah taktik terbaru Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih merayu supaya rakyat sekali lagi memilih BN dalam PRU-13 nanti. Kalau dulu Tun Mahathir menangis untuk menarik simpati'.

Kita lihat pula kenyataan bekas Ketua Pemuda PAS (kini AJK PAS Pusat) Nasruddin Hasan yang mempertikai permohonan maaf Dato' Sri Najib dengan kenyataan 'tindakan Najib meminta maaf seolah-olah mengakui bahawa salahlaku UMNO selama ini adalah benar dan terbukti dakwaan PAS bukan fitnah'.

Saya tidak pernah dengar pula masa itu Datuk Nik Aziz atau mana-mana pemimpin PAS menegur dengan kenyataan 'Idris dan Nasruddin sepatutnya tidak membuat sebarang tanggapan negatif dan andaian tanpa usul periksa sehingga menimbulkan spekulasi mengenai permohonan maaf Dato' Sri Najib'.

Dan saya nak pulangkan soalan balik kepada pembangkang ini;

1. Adakah permohonan maaf Datuk Nik Aziz itu satu taktik politik?

2. Adakah tindakan Datuk Nik Aziz memohon maaf seolah-oleh mengakui bahawa salahlaku PAS dan Nik Aziz sendiri selama ini adalah benar?

Saya bertanya soalan-soalan ini kerana itulah kenyataan-kenyataan mereka sendiri semasa Dato' Sri Najib membuat permohonan maaf!

Akhirul kalam, kepada pembangkang, janganlah amalkan politik cakap tak serupa bikin dan berputar-belit hanya untuk melempiaskan nafsu politik sendiri. Bila terkena batang hidung sendiri, mula nak keluar macam-macam patwa memaki hamun orang lain. Sampai keluar patwa tak masuk syurga, macamlah syurga tu mak-bapak dema punya!

Saya sebenarnya khuatir disebabkan ada dikalangan pembangkang yang mengamalkan politik putar-belit dan cakap tak serupa bikin mengeluarkan pelbagai patwa politik untuk kepentingan mereka sendiri atas nama politik Islam dengan nama dan pakaian yang dikata Islamik, kelak nanti akan lahir satu generasi yang tidak lagi mempercayai kata-kata para ulama dan ilmuan Islam; kerana mereka melihat bagaimana patwa politik boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya demi untuk kepentingan politik mereka.

Contohnya dulu keluar patwa konon berkongsi kuasa dengan parti kafir maka UMNO kafir, sekarang mereka sendiri mengamalkan persekongkolan dengan parti kafir harbi dengan bertopengkan tahaluf siasi kononnya.

Kalau dahulu mereka mempatwakan UMNO kafir kerana menegakkan Perlembagaan penjajah, tetapi hari ini mereka sendiri menerima dan mahu melaksanakan Perlembagaan Persekutuan atas nama political expediency.

Kalau dulu mereka meneriakkan perjuangan Negara Islam, tetapi setelah bersekongkol dengan kafir harbi mereka mempatwakan Negara Islam tidak ada dalam Al-Quran! Yang ada hanya negara berkebajikan.  

Persoalan yang timbul ialah, jika dalam politik mereka boleh mengamalkan sikap putar-belit dan cakap tak serupa bikin, adakah dalam soal agama dan hukum-hakam juga mereka boleh membuat perkara yang sama? Na'uzubillah min zalik.
Wallahua'lam dan Wassalam.