Sunday, April 6, 2014

IKLAN UBAT KUAT UNTUK UMNO


Ini adalah sedikit iklan ubat kuat untuk UMNO. Ubat kuat ini bukanlah sama dengan ubat kuat yang orang PAS iklankan dalam Harakah tu. Ubat kuat ni adalah lain sedikit.

Sekarang ini adalah musim persidangan bagi akar umbi UMNO. Rata-rata ahli UMNO nampak bahawa UMNO menuju kelesuan kerana BN.

Oleh itu, ahli-ahli akar umbi yang bersidang kena jeritkan kepada pucuk pimpinan ubat agar UMNO terus besar, kuat dan tahan lama. Ubatnya tak susah...

UMNO kena balik kepada tujuan asal penubuhannya iaitu menjadi parti yang memperjuangkan hak Melayu dan Islam. Kepimpinan tertinggi UMNO perlu tegas dengan rakan BNnya. Mana-mana tempat yang majoriti pengundinya Melayu, UMNO jangan faraidkan kepada rakan BN. 

Kalau tak diambil berat akan hal ini, tak mustahil pada PRU 14 nanti, banyak kawasan majoriti Melayu yang UMNO faraidkan kepada MCA atau MIC akan jatuh ke tangan parti lawan. Orang Melayu sekarang ini dah rasis sedikit. Mereka dah sedar, mereka bukan sahaja mahu wakil rakyat, tetapi mereka mahu suara dan kuasa Melayu yang mewakili mereka. Mereka dah nampak, rakan UMNO dalam BN yang menang atas majoriti yang difaraidkan oleh UMNO tak akan jadi Melayu dan Islam bila mereka bercakap dalam dewan.

Itulah sebabnya UMNO kena tegas. Sudah sampai masanya rakan UMNO dalam BN berusaha untuk mendapat kerusi samada DUN ataupun Parlimen atas sokongan majoriti kaum mereka sendiri.

Hanya dengan jumlah perwakilan Islam dan Melayu yang cukup sahaja mampu mengekalkan ketuanan Melayu di bumi Tanah Melayu ini, bukannya jumlah wakil BN!!! 

Dan "tuan-tuan" Melayu yang dah duduk di atas tu, bila dah tahu dan jelas bahawa mereka naik kerana sokongan undi Melayu dan bukannya kaum lain, maka perlulah didahulukan Melayu dalam segala hal. Lebihkan pembangunan di tempat yang memberikan sokongan.

Bila dah pegang kuasa tu, segala peruntukan faraidkan ikut komposi undi yang dapat. Kalau Melayu sokong banyak, banyakkan peruntukan untuk Melayu. Kalau ada tempat-tempat yang dah jelas tak ada sokongan dari bukan Melayu, jangan bagi peruntukan untuk kaum tersebut, suruh mereka mintak dengan calun yang mereka sokong, terpulanglah samada calun mereka nak mintak sedekah ke, atau bawak tabung bergerak ke....lantakkan mereka!

Tapi "tuan-tuan" Melayu kat atas sekarang ni macam lupa pulak kat mana yang sokong mereka. Kalau tempat tu kononnya deposit tetap untuk menang, jemputpun payah nak datang. Yang mereka terhegeh-hegeh ialah datang ke tempat-tempat yang belum tahu menang dan mencurahkan pelbagai peruntukan yang buatkan orang Melayu semakin marah.

Dah ada peluang bercakap dalam persidangan UMNO di peringkat akar umbi ini, maka lepaskan cakap tu. Mudah-mudahan akan kedengaran hinggga ke atas dan UMNO akan terus kuat, besar dan tahan lama!!! - dtenggara